|
Judul : Guru Sebagai Mentor Pengarang : Ainon Mohd, Salhah Abdullah Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd Genre : Pendidikan, Pedagogi Mukasurat : 280 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833376312
Buku ini dapat memmimbing guru menjadi mentor kepada pelajar, guru permulaan, guru pelatih dan rakan guru. Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah aplikasi teori psikologi dalam pementoran, kemahiran mengurus pementoran dan cara mengurus program.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmat dan kasih sayangnya, buku ini dapat diterbitkan hasil kerjasama antara mentor dan mentee. Semua orang perlukan mentor dan semua orang juga perlu menjadi mentee untuk menjadi orang yang berjaya. Proses belajar dan mengajar adalah kesinambungan kepada hidup yang bermakna. Mentor yang pernah mejadi mentee dan dibimbing oleh mentor yang efektif lebih mudah untuk menjadi mentor kepada orang lain.
Di sini, kami kongsikan pengalaman, ilmu dan kemahiran memberikan idea bagi menulis buku ini. Mentor tidak semestinya daripada kalangan guru. Namun jika guru ber-peranan sebagai mentor yang efektif, sudah tentu ia dapat me-warnakan kehidupan mentor sebagai pembimbing, pen-dorong, kaunselor, penasihat dan jurulatih. Adalah penting bagi memupuk nilai-nilai murni untuk mentor. Buku ini diharapkan dapat menghidupkan kembali budaya mendidik yang bukan hanya sekadar mengajar menulis, mem-baca dan mengira (3M). Tetapi 4M iaitu ditambah dengan menerapkan nilai akhlak dan moral. Unsur penerapan nilai merentasi kurikulum di sekolah lebih efektif dengan adanya proses pementoran. Buku ini cuba membawa pendekatan tradisional dan humanistik bagi menarik kembali perhatian guru kepada pementoran.
Seni pementoran terletak pada kekuatan kemahiran inter-personal dan kompetensi mentor dalam pelbagai bidang yang relevan kepada keperluan mentee. Buku ini juga menyediakan panduan merancang, mengurus pelaksanaan program mentor mentee.
Kandungan
Bahagian 1: Apa Itu Mentor? Bab 1 Latar Belakang Mentor Bab 2 Bagaimana Hendak Belajar? Bab 3 Mengapa Kita Perlukan Mentor? Bab 4 Analogi Mentor Bab 5 Ciri-ciri Mentor Efektif
Bahagian 2: Peranan Mentor Bab 6 Mentor sebagai Role Model Bab 7 Mentor sebagai Pendidik Bab 8 Guru sebagai Mentor Pelajar Bab 9 Guru Mentor kepada Guru Permulaan Bab 10 Tanggungjawab Mentor kepada Guru Permulaan
Bahagian 3: Aplikasi Teori Psikologi dalam Pementoran Bab 11 Psikologi sebagai Sains dan Seni Bab 12 Aplikasi Teori Jendela Johari Bab 13 Teori Konsep Diri Bab 14 Bagaimana Konsep Diri Tercipta? Bab 15 Kesan Konsep Diri ke atas Keyakinan Diri Bab 16 Kesan Label ke atas Konsep Diri Bab 17 Teori Estim Bab 18 Strategi Meningkatkan Estim
Bahagian 4: Rumpun Kemahiran Mentor Bab 19 Komunikasi Berkesan Bab 20 Kemahiran Kaunseling Bab 21 Kemahiran Mendengar Bab 22 Kemahiran Bertanya Bab 23 Kemahiran Memberi Fokus Bab 24 Kemahiran Parafrasa Bab 25 Kemahiran Maklum Balas Bab 26 Menyemak Persepsi Bab 27 Kemahiran Refleksi
Bahagian 5: Kemahiran Mengurus Pementoran Bab 28 Hasil Tinjauan Kemahiran Mentor Bab 29 Kemahiran Mengurus Pembelajaran Bab 30 Refleksi Bab 31 Antara IQ, EQ dan SQ
Bahagian 6: Mentor dan Organisasi Bab 32 Mentor dalam Organisasi Bab 33 Variasi Mentor dan Pementoran
Bahagian 7: Mengurus Program Bab 34 Prinsip dan Perancangan Program Bab 35 Strategi Pelaksanaan Program Bab 36 Model Pelaksanaan Program Bab 37 Guru Pembimbing Sebagai Mentor Guru Permulaan Bab 38 Program Induksi Latihan mentor Bibliografi Indeks
|