|
Judul : Gurukah Aku atau ... ? Pengarang : Norbi Husin Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Motivasi Mukasurat : 281 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9676118818
Sepanjang saya bertugas sebagai pengetua sekolah (15 tahun), saya kerap membuat penyeliaan dan pencerapan di dalam bilik darjah. Melalui penyeliaan dan pencerapan itulah saya melihat kebanyakkan guru kita begitu ghairah untuk menghabiskan sukatan pelajaran sehingga terlupa memenuhi 'keperluan' pelajar ini. Lantaran itulah timbul pelbagai masalah seperti pelajar ponteng sekolah, pelajar melawan guru, pelajar bertumbuk, pelajar menggugut guru, vandalisme dan sebagainya, Atas kesedaran itulah, saya menulis buku Gurukah Aku atau... ? ini. Bagi memudahkan para guru memahami mesej yang hendak disampaikan, saya olah penulisan ini dalam bentuk cerita, sketsa dan episod-episod agar tidak menjemukan. Semua yang dituliskan ini adalah episod-episod atau cerita-cerita yang diambil melalui pengalaman saya dan rakan-rakan ketika kami menjadi pendidik. Saya berharap para guru yang membaca cerita, sketsa dan episod yang dipaparkan ini akan dapat sedikit sebanyak mesej yang hendak disampaikan.
Penulisan buku Gurukah Aku atau ...? Dibahagi kepada 5 bahagian. Bahagian pertama saya paparkan pengalaman saya semasa belajar di sekolah rendah yang masih segar di dalam ingatan. Saya menganggap hampir semua guru yang mengajar saya di sekolah rendah dahulu mempunyai ciri-ciri yang cukup istimewa. Keistimewaaan inilah yang patut kita kongsi bersama. Teknik pengajaran mereka dan sifat-sifat keibubapaan yang ditunjukkan membuatkan saya dan rakan-rakan lain tidak jemu belajar dengan mereka.
Bahagian ke-2, saya tuliskan pengalaman saya semasa belajar di sekolah menengah. Pada peringkat umur begini (13 hingga 18 tahun) pelajar-pelajar sudah mula menganggap guru-guru sebagai rakan mereka. Boleh bergurau serta berkongsi masalah dengan mereka. Di samping itu sifat ego sudah menguasai diri pelajar. Oleh kerana itu jika guru terlalu kerap menjatuh self-esteem pelajar sudah pasti kebencian kepada guru akan bersarang. Saya harap melalui cerita-cerita dan episod yang saya tuliskan itu dapat membantu guru memahami cita rasa pelajar dalam lengkongan umur begitu.
Bahagian ke-3, saya tuliskan pula bagaimana saya mengajar di empat buah sekolah menengah. Ketika saya menjadi guru (lebihkurang 12 tahun), saya berhadapan dengan ribuan pelajar. Sepanjang tempoh tersebut saya tidak menghadapi sebarang masalah yang boleh memeningkan kepala dan membosankan saya. Pengalaman saya mengajar serta menjadi guru tingkatan dan warden asrama mungkin boleh dikongsi bersama dengan guru-guru.
Bahagian ke-4, saya paparkan cerita-cerita dan episod-episod yang ada hubung kait antara pentadbir dengan guru. Ini kerana ada di kalangan guru-guru kita sering kecewa dengan pentadbir di sekolah mereka hingga menyebabkan penumpuan terhadap tugas P & P turut terjejas dan yang menjadi mangsa adalah murid atau pelajar. Sedar atau tidak, ketegangan ini berlaku kadang-kalaberpunca daripada sikap guru itu sendiri yang tidak disedari. Saya percaya jika guru-guru dapat melihat hal ini secara jujur dan ikhlas dan sedia memperbaiki kelemahan diri pasti guru-guru akan gembira berada di tempat kerja dan gembira semasa menjalankan tugas. Tugas mendidik tidak akan dianggap sebagai beban.
Bahagian ke-5, saya masukkan sedikit luahan hati orang ramai daripada pelbagai peringkat umur terhadap guru yang mengajar mereka dahulu. Setiap orang yang pernah belajar di sekolah, mereka mempunyai alasan tersendiri, mengapa mereka suka dengan seseorang guru itu.
Kandungan
BAHAGIAN 1 1. Mula Bersekolah 2. Sayang Cikgu 3. Gagal Menghafal Huruf 4. Cemburu 5. Teknik Menghafal 6. Malu 7. Terkejut 8. Botol Idaman 9. Embun 10. BijiGetah 11. Badan Besar 12. NaikAngin 13. Kena Lastik 14. TukarPatoer 15. Malas Datang ke Sekolah 16. Pencabar Baru 17. IlmuBaru 18. Buah Tangan 19. Bakat Pemimpin 20. Kasihan Anak Didik! 21. Baru Saya Tahu! 22. Jadi Ratu Dapur
BAHAGIAN 2 23. Mula ke Sekolah Menengah 24. BaruBetul! 25. Cantik dan Kemas 26. Terbeliak Matanya 27. Sudah Jatuh ditimpa Tangga 28. Mengidam 29. SayaPasrah 30. Berdengkur 31. Tidak Memalukan 32. Menggaru Kepala yang Tidak Gatal 33. Contoh yang Baik 34. HatiTerluka! 35. Gengster! 36. Kehilangan! 37. Terkena 38. WatakBaik! 39. Setengah Itulah yang Penting 40. Thank You Mrs. Lee 41. Mulut Masin 42. Terpinga-pinga
BAHAGIAN 3 43. Pesan Nenek 44. Menimbulkan Masalah 45. Simpati dan Empati 46. Jadual Waktu Menghajar 47. Minyak Angin 48. Masih Adakah Mereka Ini? 49. Pakai Payung 50. Lauknya Kangkung 51. Kelas Tambahan 52. RugilahSaya! 53. Membaca Ikut Suku Kata 54. Cikgu Gila? 55. Tidak Tersalah Arab. 56. Buah Mata Kucing 57. Mematahkan Cakap Emak 58. Buku Rujukan 59. Peluang Baik 50. Mandul 61. Tahun Hooneymoon? 62. Merajuk 63. Apa Lagi yang Hendak Saya Katakan 64. Teruklah Cikgu Ni! 65. Matanya Terkebil-kebil 66. Hari Guru 67. Perutnya Kosong 68. Jangan Bagi Saya Pening! 69. Ada Rahmatnya 70. Sayang Arpah 71. Tu Pokok Apa? 72. Awak Nak Saya atau ... 73. Jangan Layan Mereka 74. Nak Buat Macam Mana? 75. Dalam Diam-diam! 76. 'Kau' Bukan Lembu! 77. Nikmatnya Mengajar 78. Dia Tu Cikgukah? 79. Tak Guna Mandi Peluh
BAHAGIAN 4 80. Tidak Minat 81. Sebab Sudah dibayar Gaji 82. Mulut Lebih 83. Cepat 'Lunyai' 84. Siapakah Kita! 85. Tiada Serupa Ada 86. Tidak Melihat Kesilapan Diri Sendiri 87. Perasaannya Bergelora 88. Undi Apa? 89. Ibadah 90. Pimpin Diri Dulu 91. Tanggungjawab Bersama 92. Tingkah Laku Memalukan 93. Adab Guru?Untuk Renungan Bersama
BAHAGIAN 5 94. Luahan Hati 1 95. Luahan Hati 2
Biodata Penulis
|