|
Judul :Harta Amanah Orang Islam di Malaysia Pengarang : Siti Mashitoh Mahamood Penerbit : Penerbit Universiti Malaya Genre : Agama Mukasurat : 239 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9831003152
Buku Harta Amanah Orang Islam di Malaysia mengandungi pelbagai artikel berkaitan persoalan harta amanah di negara ini yang sebahagian besarnya merupakan kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Harta Amanah Orang Islam di Malaysia yang diadakan pada 10 November 2001 (bersamaan 24 Syaaban 1422H) di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Buku ini difokuskan kepada harta amanah orang Islam mengikut perspektif undang-undang dan pentadbiran di Malaysia. Para penyumbang artikel adalah terdiri daripada ahli akademik dan mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang kehakiman dan pentadbiran harta amanah orang Islam di Malaysia.
Buku ini amat sesuai untuk bacaan ahli akademik, mereka yang terlibat dalam bidang kehakiman dan pentadbiran harta amanah orang Islam di negara ini serta pelajar undang-undang Islam dan sivil termasuklah masyarakat avvam yang berminat untuk mendalami perkara-perkara berkaitan harta amanah.
Kandungan
Undang-undang dan Pentadbiran Harta Amanah Orang Islam di Malaysia Siti Mashitoh Mahamood
Pembentukan dan Pentadbiran Harta Amanah Menurut Perspektif Undang-undang Islam Ahmad Hidayat Buang
Pembentukan Harta Amanah Mengikut Undang-Undang di Malaysia: Sejauh Manakah Undang-Undang Islam Terpakai? Haji Salleh Buang
Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Amanah Orang Islam Sheikh Ghazali Hj. Abdul Rahman
Bidang Kuasa Mahkamah Sivil dalam Pentadbiran Harta Amanah di Malaysia Abdul Hamid Haji Mohamad
Masalah Undang-undang dalam Pentadbiran Harta Amanah Wakaf di Malaysia Siti Mashitoh Mahamood
Pengamanahan Harta Orang Islam di Malaysia Abdullah Muhamad
Pengalaman Amanah Raya Berhad (ARB) dalam Pentadbiran Harta Amanah Orang Islam Habsah Bakar
Perancangan Harta di Zar Perunding Pusaka Sdn. Bhd. Haji Abdul Aziz Hassan, Cik Yusmazvati Yusop
Pembentukan Trust Hibah Sebagai Alternatif Perancangan Harta Hj.Othman Yaacob
Pentadbiran Harta Amanah Orang Islam: Tinjauan kepada Harta Penama Narizan Abdul Rahman
Bibliografi Indeks
|