Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Cinta Fansuri
Terusir
Advencer Si Peniup Ney
Laskar Pelangi
Parameswara Pengasas Empayar Melaka
Tunggu Teduh Dulu-FaisalTehrani
Sulaman Benang & Manik Labuci
Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968
Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
>Koleksi / Direktori Penulis>A. Samad Said

Ilham Di Tepi Tasik - A Samad Said

Ilham Di Tepi Tasik - A Samad Said
Judul : Ilham Di Tepi Tasik - A Samad Said
Harga : RM45.00
Nombor siri : 2747117
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Ilham Di Tepi Tasik
Pengarang : A Samad Said
Penerbit : Wira Bukit
Genre : Koleksi Esei
Mukasurat : 166 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9834119631
Kulit Keras



Buku Ilham Di Tepi Tasik ini adalah koleksi esei terpilih A. Samad Said selepas Tangan Yang Simpatik, Tema Dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang) dan Antara Bulan Dan Wira.


Berbeza daripada antologi-antologi sebelumnya, Ilham Di Tepi Tasik ditangani dengan cermat, menghimpunkan esei-esei indah, bernas dan berisi.


Kali ini A. Samad Said tekun menyoroti aneka ragam dan sudut seni yang menyerlahkan keindahan dan misteri kehidupan seniman; menyerlahkan wajah dan hati sasterawan-sasterawan terpenting Cina dan Arab; mengamati sumbangan penulis-penulis penting tanah air, di samping menampilkan kisah-kisah tamsilan yang memujuk dan mengilhamkan.

_______________________________________



Ketika di Sarawak dekad lalu, saya memberitahu sekelompok penulis muda bahawa mereka wajar memanfaatkan alamnya yang subur dan insannya yang pelbagai etnik. Dua unsur itu memanglah inti karya sastera yang kukuh. Dengan memperjelas proses penciptaan dan upaya membaja benih seni, kata saya, penulis Sarawak sebenarnya mempunyai sebuah telaga seni yang dalam dan jernih.


Dalam sebuah pertemuan seni yang lain pula, saya lanjut memperjelas tentang iklim menulis Dosa Pejuang, cerpen tunggal yang cuba bersungguh menyelongkari sejarah keresahan dan kegamaman pemimpin.


Suasana dan penemuan inilah yang berkocak semula dalam hati saya ketika menghimpunkan sejumlah esei yang selama ini bersebaran dalam pelbagai majalah dan akhbar. Kini saya hanya ingin menerbitkan esei-esei yang manis dan sangat bercerita ini dalam bentuk buku pula.


Ketika ghairah dan mencari esei-esei manis ini, tidak tersangka bahawa saya terpaksa berhadapan semula dengan rakaman seputar dunia misteri. Betapapun, yang dimaksudkan di sini bukanlah dunia misteri yang pekat atau sengaja digerunkan. Yang dimaksudkan ialah bagaimana sejumlah teman penulis dalam Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) yang sangat realis itu terserempak dengan alam misteri.


Kisah saya diwariskan dengan buku "cinta"; kisah Usman Awang terheret ke dalam dunia "rahsia" dan, aneh, tapi benar, kisah ahli Asas 50 menemui bomoh?bukanlah satu pertentangan yang langsung, tapi beberapa pertemuan yang bertamsil?sempat dirakamkan seseni yang termampu, dan diharapkan bakal mempunyai kewarasan dan pengajarannya sendiri.


Inilah di antara rakaman seni yang sempat saya abadikan untuk "menunjuk" dan "mewariskannya" sebagai hasil seni di dalam sebuah koleksi esei yang saya senangi. Ilham Di Tepi Tasik ini?begitulah judulnya?memperlihatkan bagaimana esei-esei tersebut dapat saling menyokong sehingga memungkinkannya hadir sebagai satu bauran pengalaman? yang terkadang pahit, terkadang manis?dalam iklim yang berseni.


Antologi esei ini juga sebenarnya tidak lupa melakarkan buana penulis yang beragam dan?ada ketikanya?aneh. Saya harapkan di sini kita mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti mengapa seorang penulis wanita yang produktif, tiba-tiba "meninggalkan" bidang seninya?


Malah, kita juga mendapat jawapan rahsia bagaimana seorang seniman yang mengimbangkan kepakaran seni dan kesantunan budinya untuk menyelamatkan sebuah karya yang dipercayai dapat menjadi suara tulen bagi semangat perjuangan Asas 50.


Ilham Di Tepi Tasik, saya rasa, mempunyai wajah dan hati yang damai, mencari makna hidup melalui pelbagai jalan? menjengah jauh ke almari ajaib Li Po dan Tu Fu dan mencari kekuatan sebuah karya seni yang damai menghantar kepiluan dan keindahan cinta yang ajaib.


Di sebalik kelunakan atau kerinduan setulus itu, dalam Ilham Di Tepi Tasik ini, secara senyap dan sepi, cuba disampaikan juga satu pengalaman zaman yang, saya harap, wajar direnungi sejujurnya. Pilu Bahasa Zaman Pelupa (esei yang kali pertama tersiar dalam bentuk buku), contohnya, bercakap pedih tentang hal yang lara.


Dan Ilham Di Tepi Tasik sebenarnya ilham daripada kalbu saya yang ria dan lara. Cubalah mendekatinya.


-A.Samad Said
8 Mei, 2006



Kandungan


PROSES MENCIPTA KARYA


1. Ragam Alam Dan Etnik Mercupkan Karya
2. Proses Membaja Benih Seni
3. Iklim Menulis "Dosa Pejuang"
4. Antara "Sungai" Dan "Imam"


SENI DAN KEHIDUPAN


1. Seni Meloncat Ke Alam Semesta
2. Hidup Harian Mana Seninya?
3. Sastera: Wajah Indah, Wajah Hodoh
4. Ragam Khalayak Peminat Buku


MISTERI DI TENGAH SENIMAN


1. Ilmu Cinta Dari Buku Warisan
2. Ahli Asas 50 Jumpa Bomoh
3. Usman Di Tengah Misteri
4. Ilham Di Tepi Tasik


BICARA WATAK


1. Mengapa Salmi Manja Berhenti Menulis?
2. Mengenang Rakan-Rakan Yang Kini Legenda
3. Usman: Perindu Dunia Lembut dan Jujur
4. Keris Mas : Antara Salina Dan Penulisnya


SENI DARI ANGIN LUAR


1. Almari Ajaib Li Po Dan Tu Fu
2. Mo Yan Terlepas Hadiah Nobel
3. Pengaruh Balzac Di Desa Yong Jin
4. Coetzee Dengan Salji Dan Kata


ILHAM DAN TAMSIL


1. Kisah Makna Dan Tamsil Amalan Hidup
2. Pilu Bahasa Zaman Pelupa
3. Bayangan Sastera Dari Jendela Kaca
4. Boris: Jendela Dan Pintu Bagi Penulis


LANGIT RESAH DI GURUN PASIR


1. Tiga Tenaga Sasterawan Arab
2. Puisi-Puisi Pedih Di Timur Tengah
3. Meneliti Langit Sesudah Solat
4. Sidang Burung Dan Rabiah al-Adawiyah

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us