0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> Penerbit UM

Imam Ja'far Al-Sadiq

Imam Ja'far Al-Sadiq
Judul : Imam Ja'far Al-Sadiq
Harga :
RM30.00
Nombor siri : 3541136
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Imam Ja'far Al-Sadiq - Pemikirannya Tentang Konsep Ketuhanan
Pengarang : Ahmad Zuhdi Ismail
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Esei
Mukasurat : 172  halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9831003942



    Buku ini membincangkan beberapa konsep yang berkait rapat dengan persoalan ketuhanan seperti makrifat, sifat dan zat serta af'al Allah berdasarkan pemikiran Imam Ja'far al-Sadiq yang selaras dengan keterangan al-Quran dan al-Sunnah.

    Persoalan sifat turut diberikan penekanan dalam pengertianyang sistematik dan rasional serta mudah difahami. Imam Ja'far Al-Sadiq mengajak manusia menyelami hakikat al-Quran berhubung dengan makrifat Allah untuk meningkatkan kualiti keimanan. Ini kerana makrifat Allah adalah asas daripada seluruh ajaran Islam. Persoalan yang berkait rapat dengan of af'al Allah turut dibincangkan. Matlamat akhir kehidupan manusia seperti persoalan petunjuk dan penyesatan turut diulas.

    Memandangkan konsep ketuhanan ialah konsep yang penting dalam Islam, penulis turut memuatkan pendapat pakar daripada beberapa aliran pemikirtan Islam bagi menerangkan dan membandingkannya. Tujuannya adalah untuk melihat persamaan dan perbezaan mengenai konsep ketuhanan.

    Buku yang ditulis secara  ilmiah ini dapat menjelaskan betapa pentingnya kefahaman yang menyeluruh terhadap konsep ketuhanan untuk mengelakkan masyarakat membuat tafsiran sendiri terhadap hakikat Allah yang akan membawa
fahaman  al- Mujassimah dan al-Musyabbihah


PRAKATA


Buku ini membincangkan dua konsep utama dalam teologi atau akidah Islam, iaitu konsep makrifat dan keadilan Allah di samping latar belakang tokoh yang membincangkannya. Dari segi pendekatan dan kandungan, buku ini mempunyai beberapa perbezaan jika dibandingkan dengan buku-buku lain yang menghuraikan aspek ketuhanan dalam teologi Islam. Pertama, buku ini mendekati pandangan seorang tokoh yang pakar dalam pelbagai keilmuan pada abad kedua hijrah. Kedua, buku ini membicarakan konsep-konsep kepercayaan Islam terhadap perspektif ketuhanan termasuklah konsep makrifat dan perbuatan Allah menerusi pandangan Imam Ja'far dengan membuat perbandingan dengan ulama kalam yang sezaman atau selepasnya. Ketiga, buku ini memberikan perhatian kepada hubungan Allah dengan manusia khususnya dalam usaha membentuk masyarakat yang berpaksikan Tauhid.


PENDAHULUAN

    Buku ini bertujuan membincangkan aspek-aspek yang penting berhubung dengan konsep ketuhanan menurut pemikiran Imam Ja'far al-Sadiq. Selain itu, buku ini juga menjelaskan idea para Mutakallimun daripada beberapa aliran pemikiran Islam dan perbandingannya dengan pendapat Imam Ja'far al-Sadiq secara umum, dengan harapan kualiti pemikiran yang berkesan dapat ditingkatkan.

    Buku ini pada awalnya menjelaskan latar belakang ketokohan i Ja'far sebagai pemikir Islam yang terkemuka di dunia Islam. Penjelasan ini meliputi berbagai-bagai sudut, bermula dari rentetan sejarah hidup, ilmu pengetahuan, aktiviti-aktiviti di bidang akademik dan sumbangannya yang bermakna dalam dunia intelektual. Imam Ja'far ialah seorang ulama pemikir Islam yang amat berjasa kepada Islam dan ummah pada pertengahan abad kedua Hijrah. Beliau berasal daripada keturunan Ahl al-Bayt Rasulullah SAW. Kemuliaan peribadinya diakui oleh seluruh umat Islam sepanjang masa dengan tiada tolok bandingnya.

    Sepanjang hayatnya, beliau berusaha menyebarkan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan sehingga para ulama dari seluruh pelosok negeri membanjiri di hawzah ilmiahnya untuk menimba seluruh ilmu pengetahuan seperti teologi Islam, falsafah, akhlak dan etika di samping mendapat manfaat dari kebijaksanaan dan nasihat-nasihat beliau.
    Beliau mendidik ramai sarjana dalam pelbagai ilmu pengetahuan sama ada ilmu intelektual ('aqliah) atau ilmu agama (naqliah). Ilmu yang diperoleh daripadanya merupakan khazanah ilmu pengetahuan dan budaya Islam yang tidak ternilai harganya. Sebagai hasilnya, lebih empat ribu orang sarjana mengambil manfaat sekali gus menjadi murid beliau.

    Imam Ja'far mempunyai peluang dan masa untuk menyebarkan ilmu keislaman kerana umat Islam pada masa ini berada dalam suasana pergolakkan politik, terutamanya kebangkitan golongan Muswaddah dan beberapa peperangan bersaudara untuk meruntuhkan kerajaan Bani Umaiyyah. Dalam suasana ini, kedudukan beliau dalam dunia intelektual tidak mendapat tentangan, malahan kepakaran beliau dikagumi di seluruh dunia Islam. Imam Ja'far menghabiskan setiap saat dalam kehidupannya dengan mengajar sama ada secara umum ataupun secara peribadi dan menjadikan kekayaan ilmu pengetahuan tersebut dalam genggaman setiap orang.

    Dua di antara tokoh ulama Islam yang sentiasa mi penghormatan kepada beliau ialah:
i.      Abu Hanifah (m.150 H) mengatakan bahawa beliau sendiri akan gagal mengembangkan ilmu pengetahuan seandainya berpisah dengan Imam Ja'far.
ii.     Malik bin Anas (m.179 H) mengatakan bahawa tidak ada sesuatu yang lebih utama apabila disebutkan nama Imam Ja'far. Keutamaan tersebut termasuklah ilmu pengetahuanny, peribadatannya dan kezuhudannya.

    Seterusnya buku ini menerangkan pemikiran Imam Ja'far tentang konsep sifat-sifat Allah SWT. Penekanan diberikan kepada persoalan sifat dan dhdt yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan para Mutakallimun. Tajuk-tajuk lain yang dibincangkan termasuklah konsep sifat al-Ma'ani seperti Qudrah, llm, Iradah, Kalam dan konsep Ru'yah Allah.

    Selanjutnya buku ini membincangkan keadilan Allah, iaitu konsep yang berkaitan dengan matlamat dan perbuatan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Kajian ini juga menerangkan penekanan Imam Ja'far tentang persoalan kewajipan Allah terhadap manusia dan membataskan persoalan perilaku manusia di luar batas kemampuannya.
    Beberapa persoalan lain yang berkaitan dengannya turut dibincangkan adalah seperti konsep taklif, al-jabr dan al-tawfid serta kedudukan akal dan wahyu dalam menyelesaikan masalah kebaikan dan keburukan. Persoalan janji baik dan ancaman buruk merupakan matlamat sebenar konsep al-'Adl al-llahi.

    Menyentuh pemikirannya dalam konsep ketuhanan, beliau nampaknya berpegang kepada sumber-sumber utama seperti al-Quran dan al-Hadis kemudian diintepretasikan dengan rasional akal. Justeru ciri-ciri tersebut merupakan metodologi utama beliau dalam menerangkan akidah yang sebenar. Pemikiran yang seumpama ini amatlah penting untuk diperjelaskan serta untuk kebaikan generasi Islam.




KANDUNGAN

PRAKATA
    
PENDAHULUAN    

BAB 1: IMAM JA'FAR AL-SADIQ: SUATU PENGENALAN         
Riwayat Hidup dan Keperibadian Imam Ja'far                                     
Kunyah dan Alqab Imam Ja'far    
Latar Belakang Keluarga Imam Ja'far
Keperibadian Imam Ja'far    
Zaman Kehidupan Imam Ja'far    
Pendidikan Imam Ja'far
Menjadi Guru dan Bentuk Pengajarannya    
Kematian Imam Ja'far    
Murid-Murid Imam Ja'far    
Hasil Karya Imam Ja'far    
Salsilah keturunan Imam Ja'far    

BAB 2: KONSEP SIFAT-SIFAT ALLAH    
Pengenalan    
Dhat dan Sifat    
Pendapat Mutakallimun Berhubung Dhat dan Sifat    
Pendapat Mu'tazilah    
Pendapat Asya'irah    
Sifat al-Ma'ani    
Qudrah-Allah    
Ilm-Allah    
Iradah-Allah    
    Bahagian Pertama: Iradah Hatm (Kehendak Pencipta)
    Bahagian Kedua: Iradah 'Azm    
Kala-Allah    
Ru'yah-Allah    

BAB 3: KONSEP KEADILAN ALLAH (AL-'ADL AL-ILAHI)
Pengenalan
Persoalan Keadilan Allah
Kebaikan dan Keburukan
Kedudukan Akal dan Wahyu
Perbuatan Allah dan Tujuan-Nya
Konsep Kewajipan Allah Terhadap Manusia
Konsep Kewajipan di Luar Kemampuan (Taklif Ma La Yutaq)
Petunjuk dan Penyesatan (al-Huda Wa al-Idal)
Konsep al-Jabr dan al-Tafwid
    (Kebebasan dan Ketentuan Allah)
    Pertama: Golongan yang Mempercayai Manusia memiliki Kebebasan
    Kedua: Golongan yang mempercayai Kehendak Manusia Bergantung Kepada         Kekuasaan Allah
Analisis Ringkas Konsep Janji Baik dan Ancaman Buruk (al-Wa'd al-Wa'id)

KESIMPULAN

BIBLOGRAFI

INDEKS