Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Kerjaya Sebagai Pegawai Kastam Diraja Malaysia
Cinta Madinah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
A-Z Sulaman Manik
Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan
Tukcai
Antologi Kacak Jelita
>PTS Publications>Islam & Spiritual

ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?

ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?
Judul : ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?
Harga : RM17.00
Nombor siri : 3251259
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : ISLAM: Ada Apa Dengan Islam?
Pengarang : Dato' Dr. Haron Din
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Genre :  Islam & Spiritual | Gaya hidup Islam
Mukasurat : 176  halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 983360420x



Islam itu Indah. Islam itu fitrah. Kenali ia, Cintai ia. Walaupun kini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang dengan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan mengenai erti dan tujuan hidup manusia. Ia hanya dapat dijawab oleh agama.

Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Sejak dahulu hingga kini, walaupun di mana sahaja manusia berada pasti memerlukan agama. Mengapa? Rasa ingin beragama adalah fitrah dan tabiat semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Mereka yang memilih untuk tidak beragama cuba melawan fitrah. Kesannya, jiwa mereka kosong. Hidup mereka tiada pedoman dan panduan.

Oleh kerana itu, Allah menurunkan agama kepada manusia bagi dijadikan panduan dan pedoman dalam perjalanan hidup manusia di dunia yang sementara ini sebelum ke dunia yang kekal abadi. Sekiranya Allah tidak menurunkan agama, sudah tentu manusia sesat kerana fikiran dan pengalaman manusia terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuan bagi memahami erti kehidupan, matlamat hidup, cara terbaik untuk hidup, persoalan ketuhanan, persoalan kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya.

Buku ini memfokuskan aspek pengembangan ilmu berkaitan pandangan Islam sebenar dengan kesedaran yang ilmu ini adalah aspek penting dalam memastikan masyarakat Islam terus maju dan cemerlang. Perkara-perkara dasar dalam Islam perlu sentiasa diulang kaji supaya ia terus mengukuhkan pendirian kita pada pegangan agama. Justeru, saya berusaha dalam memastikan dasar-dasar ajaran Islam diperjelaskan secara komprehensif di dalam buku ini. Ini termasuk rukun iman yang merupakan perkara paling asas bagi seorang Muslim. Jangan sekali-kali kita memandang ringan kepentingan rukun iman ini kerana ia berupaya menjulang seorang manusia tinggi ke langit mengatasi kemuliaan malaikat yang tidak pernah melakukan dosa.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mendapatkan jawapan, ?Ada apa dengan Islam?? Saya berusaha memberikan yang terbaik namun hanya Allah yang berupaya melakukan yang terbaik. Oleh itu, ini sahaja yang mampu saya usahakan daripada ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya yang pastinya sedikit. Namun, daripada yang sedikit itulah, saya berusaha menyebarkannya kepada manusia seluruhnya. Semoga mereka mendapat mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Allah sahaja yang maha mengetahui dan kepada Allah jua kita memohon taufik dan hidayah.


Kandungan

Prakata
Bab 1: Ada Apa dengan Manusia
Siapakah Manusia
Hakikat Kejadian Manusia
Keindahan dan Kesempurnaan Insan
Permusuhan Iblis dan Syaitan
Manusia Dicipta dalam Bentuknya yang Indah dan Sempurna Sejak Awal Kejadiannya
Kedudukan Teori Evolutionisme atau Darwinisme

Bab 2: Manusia Sebagai Hamba Allah
Manusia Sebagai Khalifah
Manusia dan Ujian Allah

Bab 3: Agama

Bab 4: Pengertian Islam dalam Bahasa dan Syarak
Islam Sebagai Cara Hidup yang Lengkap dan Unik
Agama adalah Perkara Mutlak bagi Manusia
Kelemahan Akal Manusia
Kesedaran Agama Menjadi Asas Kebajikan

Bab 5: Manusia dan Kepercayaan
Kepentingan Iman kepada manusia
Manusia Berada dalam Dua Kekuatan Naluri
Pengertian Iman
Rukun-rukun Iman

Bab 6: Beriman kepada Allah
Bukti-Bukti Saintifik Berkenaan Kebesaran Allah
Bab 7: Beriman dengan Malaikat
Tujuan Beriman Dengannya
Siapa Dia Malaikat?
Tabiat Malaikat dan Tugasnya
Ada antara Mereka Ditugaskan untuk Mengambil Nyawa Ada antara Mereka Ditugaskan untuk Mencatatkan Amalan Manusia
Ada antara Mereka Ditugaskan Menanggung Arasy dan Sebagainya
Pertalian Manusia dengan Malaikat
bab 8: Beriman dengan Kitab-kitab Allah
Wajib Percaya kepada Kitab-kitab Allah
Hubungan Manusia dengan Kitab Allah
Quran adalah Kebenaran yang Manusia Cari
Pandangan Quran Mengenai Taurat dan Injil

Bab 9: Beriman dengan Rasul Allah
Hikmat Pengutus Rasul-rasul dan Tugasnya
Wajib Percaya kepada Rasul-rasul
Tiap-tiap Umat Ada Mempunyai Rasulnya
Hubungan antara Manusia dengan Rasul-rasul
Nabi Muhammad Penyudahan Rasul-rasul

Bab 10: Beriman dengan Hari Akhirat
Dalil-dalil Naqli dan Aqli Berkenaan Adanya Akhirat
Dalil-dalil yang Menunjukkan Adanya Hari Akhirat
Ada Dua Bahagian
Hakikat Roh di dalam Quran
Manusia Dibangkit Semula
Huru-hara pada Hari Kiamat
Nikmat dan Azab di Akhirat

Bab 11: Beriman dengan Qadak dan Qadar
Kekeliruan pada Kepercayaan Qadak dan Qadar

Bab 12: Keadilan Allah dan Ikhtiar Manusia
Membina Sikap Hidup Berasaskan Keimanan

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us