|
Judul : ISLAM: Ibadah Pembina Tamadun Manusia Pengarang : Dato' Dr. Haron Din Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd Genre : Islam & Spiritual | Gaya hidup Islam Mukasurat : 128 halaman Cetakan Pertama : 2007 ISBN : 9833604218
Buku ini menerangkan Islam sebagai cara hidup. Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai cara hidup? Apakah kita sudah menjadikan Islam sebagai cara hidup? Buku ini juga membicarakan berkenaan rukun Islam secara mudah difahami, sesuai bagi semua golongan, bemula daripada syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.
Siapakah saya? Dari manakah saya datang? Siapakah yang menciptakan saya? Mengapa saya diciptakan? Apakah peranan saya di dunia ini? Apakah pula misi dan visi saya dalam kehidupan ini? Apakah kesudahan selepas kewujudan saya ini? Ke manakah saya selepas mati? Ini adalah persoalan yang wajib dijawab oleh setiap manusia yang hidup di dunia. Manusia diciptakan Allah dengan matlamat tertentu. Matlamat itu dinyatakan dalam surah al-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud, ?Dan tiadalah aku menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka memperhambakan diri kepadaku.? Ayat ini menjelaskan matlamat penciptaan manusia iaitu beribadah kepada Allah. Lalu, ramai yang mempersoalkan, bagaimana dengan manusia itu sendiri? Sekiranya matlamat penciptaan manusia adalah untuk beribadah, maka jangan pula diberikan akal dan nafsu kepada manusia. Tanpa akal dan nafsu, manusia mampu patuh tetapi dengan akal dan nafsu, manusia juga perlu fikirkan kepentingan dirinya sendiri. Inilah yang cuba saya perincikan di dalam buku ini. Ramai yang keliru dengan menganggap ibadah adalah bagi Allah. Ramai juga yang keliru, ibadah hanyalah solat, zakat, puasa, haji dan segala aspek ritual yang tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian. Sebenarnya, ibadah adalah untuk manusia yang beribadah itu sendiri. Allah tidak memerlukan ibadah kita tetapi kita beribadah demi kepentingan dan kebahagiaan diri kita di dunia dan akhirat. Ibadah yang kita lakukan tidak pernah menambah ataupun mengurangkan kehebatan Allah. Ia sepenuhnya untuk diri kita sendiri. Ruang lingkup ibadah dalam Islam juga luas. Oleh kerana manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah, maka sudah tentu dalam Islam, seluruh kegiatan manusia adalah ibadah kepada Allah. Asalkan ia diniatkan untuk Allah, maka segala-galanya menjadi ibadah. Cara fikir seumpama inilah yang masih kurang dalam masyarakat dan dengan penerbitan buku ini, saya berdoa semoga ia berupaya menjadi penyumbang dalam membetulkan semula pandangan Muslim berkenaan konsep ibadah dalam kehidupan. Saya sentiasa berdoa semoga usaha kecil ini dapat membantu dalam memberatkan timbangan amal saya sewaktu menghadap Allah di padang mahsyar nanti. Semoga saya juga berupaya menjadikan seluruh hidup yang singkat ini menjadi ibadah berpanjangan. Akhirnya kepada Allah juga kita memohon taufik dan hidayahnya.
Kandungan
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini? Prakata Bab 1:Ada Apa dengan Manusia Pendahuluan Islam adalah Cara Hidup Manusia yang Didatangkan daripada Allah Islam adalah Cara Hidup yang Menyeluruh dan Mengatur Semua Bahagian dan Kehidupan Manusia Nilai-nilai Hidup Islam yang Tetap dan Tidak Dapat Dipermainkan Islam adalah Sistem bagi Semua Manusia Bukan Golongan ataupun Bangsa Tertentu Islam adalah Cara Hidup yang Mempunyai Keserasian dan Persefahaman antara Cita-cita dan Kenyataan
Bab 2:Islam Agama yang Terakhir Pengkajian Islam Seruan kepada Agama Islam Bab 3:Mengucap Dua Kalimah Syahadah Nilai-nilai Hukum Islam Mengucap Dua Kalimah Syahadah Bab 4:Sembahyang Lima Waktu Syarat Wuduk Rukun-rukun Wajib Wuduk Perkara-perkara yang Membatalkan Wuduk Syarat-syarat Sah Sembahyang Rukun-rukun Sembahyang Perkara-perkara yang Membatalkan Sembahyang Sebab-sebab Sujud Sahwi Kewajipan Menunaikan Sembahyang dan Fungsinya di dalam Kehidupan Konsep Ibadat Bab 5:Pembahagian Zakat dan Kepentingannya Maksud dan Hukum Zakat Pandangan Islam Berkaitan Wang Ringgit dan Harta Kekayaan Persoalan-persoalan Penting dalam Zakat Jenis-jenis Zakat, Nisab dan Kadar yang Diwajibkan Zakat Fitrah Syarat-syarat wajib zakat fitrah Zakat sebagai jaminan kemasyarakatan di dalam Islam
Bab 6:Puasa Al-Syiam atau Puasa Dalil Kewajipan Berpuasa Bahagian-bahagian Puasa Dasar kesenangan di dalam Islam Syarat-syarat Sah Puasa Rukun Puasa Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa Perkara-perkara yang Disunatkan bagi Orang Berpuasa
Bab 7:Haji danUmrah Pengertian Haji Cerita Pembinaan Kaabah Syarat-syarat Wajib Haji Rukun Haji Perkara-perkara Wajib Haji Umrah Semangat Haji di dalam Islam Perkara yang Dilarang Semasa Berihram Ihram dan Kesejahteraan Hikmat Tawaf Hikmat Sai di antara Safa dan Marwah Hikmat wukuf di Arafah Bab 8: Sifat-sifat yang Disukai Islam Berkorban kerana Agama Mengingati Allah Penawar Jiwa Ihsan
|