|
Judul : ISLAM: Rujukan Efektif Akhlak Mulia Pengarang : Dato' Dr. Haron Din Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd Genre : Islam & Spiritual | Gaya hidup Islam Mukasurat : 160 halaman Cetakan Pertama : 2007 ISBN : 9833604277
Manusia mungkin dapat dipisahkan daripada bidang ilmu ataupun pemikiran. Malahan manusia dapat dipisahkan daripada agama dan kepercayaan. Tetapi manusia tidak dapat dipisahkan daripada akhlak dan moral. Manusia tidak dapat dipisahkan daripada akhlak walaupun sedikit daripada umurnya. Setiap perbuatan, tingkah laku ataupun tindakan yang diambil oleh seseorang itu tidak terlepas daripada hukuman baik ataupun tidak sama ada ia disedari ataupun tidak.
|