|
Judul : Istimewa Hidangan Petang Jilid 2 Pengarang : Yon Abu Bakar Penerbit : Utusan Publications & Distributions Genre : Resepi Mukasurat : 91 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9676118109
Ramai yang mengambil mudah dalam penyajian hidangan petang dan disajikan ala kadar sahaja. Memandangkan ia disajikan untuk hidangan seisi keluarga, mahupun untuk sahabat handai dan saudara-mara seharusnyalah sajian ini dapat menambat selera, bervariasi dan berkhasiat
Pelbagai resipi terpilih disediakan dalam buku ini termasuklah kuih tradisional, desert, puding, kek, roti, bubur, aneka kuih-muih; memberikan pilihan yang luas kepada anda untuk mencuba dan membawa kelainan dalam sajian seharian. Apa yang pastil buku ini bukanlah sekadar mengetengahkan hidangan petang yang lazim dibayangkan oleh anda. Bukan hanya suri rumah malah mereka yang bekerja dan kesuntukan masa turut mampu menyediakan menu pilihan sebegini.
Sungguhpun resipi-resipi terpilih dalam buku ini disediakan untuk hidangan petang, ia juga boleh dicuba pada masa yang lain. Jika anda bijak menggabungkan menu ini sudah tentu hidangan lebih menarik, menyelerakan bahkan istimewa pula.
Ia juga dipenuhi dengan gambar berwarna di atas kertas bermutu bagi setiap hidangan yang dinyatakan.
Kandungan
Risoles Lepat Pisang Berjagung Popia Basah Talam ABC Bingka Ubi Pandan Kek Marble Coklat Pulut Panggang Puding Suji Popia Gulung Goreng Apam Mini Karamel Bubur Keledek Berjagung Sri Muka Kacang Merah Tat Telur Kek Sandwic Karamel Pisang Bubur Kacang Merah Talam Ubi (Ala Nyonya) Donat Berinti Kari Ayam Samosa Bahulu Cermai Kek Chiffon Oren Kek Marble Jalur Gemilang Kek Kacang Merah Rempeyek Kacang Tanah Onde-Onde Labu Kacang Merah Pau Rendang Daging Tat Keju Blueberi Talam Lapis Coklat Delight Burger Hotdog Kek Keju Marble Kek Span (Cara 1 Dan Cara 2) Kek Lapis Strawberi Kek Keju Blueberi Strawberi Kek Blueberi Kek Aiskrim Piza Hawaiian Puding Marble Puff Keju Goreng Talam Sagu Durian Piza Bebola Ayam/Daging Spageti Bolognese Nasi Jambalaya Udang Harimau Lasagne Talam Lapis Keladi Talam Mini Keledek Oren Kek Coklat Walnut Pic Donat Gulung Sosej Kuetiau Goreng Jus Asam Boi Punch Naga Sari Char Kwai Jus Karot Oren Mi Sup Shake Coklat Trufles Bebola Coklat Mini Tatlet Coklat Pai Epal Puding Coklat Berjagung Ban Ubi Kentang
Mengenali Hajah Yon
|