|
Judul : Pengembaraan Fantasi: Pencuri Identiti Pengarang : dLyn Azmi Penerbit : KarnaDya Genre : Novel Remaja Awal Mukasurat : 144 halaman Cetakan Pertama: 2007 ISBN : 9833316106
Semenjak kembali dari Gua Hantu, Mira kerap didatangi oleh mimpi-mimpi yang sama setiap malam. Lama-kelamaan, sikapnya juga turut berubah. Tidak cukup dengan itu, beberapa perkara pelik mulai berlaku. Ini telah menimbulkan kerisauan di hati Adlan dan juga Deego. Apa sebenarnya yang telah berlaku terhadap Mira?
Sewaktu mereka sedang menyiasat tentang perubahan tingkah laku Mira, mereka telah dikejutkan dengan kehadiran Keida, yang telah terkurung di dalam Gua Hantu seratus tahun lamanya. Siapakah Keida? Dan apakah kaitannya dengan perubahan sikap Mira?
|