|
Judul : Sastera Islam Citra Nurani Ummah Pengarang : Mohamed Anwar Omar Din Penerbit :Penerbit UKM Genre : Sastera Mukasurat : 304 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9679426610
Konsep Sastera Islam di alam Melayu dibentuk oleh ?Kiyal Cabul?, diketuai oleh Hamka, di Medan, pada 1930-an. Di Malaysia, wacana sastera Islam yang bersifat konseptual mula-mula muncul pada tahun 1965 oleh Yusof Zaki Yaakob dalam kertas kerjanya, yang dibentangkan pada Hari Sastera di Kota Bharu. Walau bagaimanapun, gelombang besar perbicaraan mengenainya timbul ekoran daripada polemik antara Shahnon Ahmad dengan Kasim Ahmad pada dekad 1980-an. Impaknya cukup besar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura dan Indonesia. Misalnya, Kompas, 24 November 2002 melaporkan konsep ?Seni untuk masyarakat? yang menjadi motif perjuangan Asas ?50 bernafaskan nasionalisme, sejak begitu lama menguasai alam pemikiran sastera Melayu.
Merosot apabila tercetusnya polemik sastera di antara dua sasterawan besar ? Shahnon Ahmad dan Kasim Ahmad pada pertengahan tahun 1980-an. Sejak itu, mulalah terbongkar kembali tradisi sastera yang berunsurkan Islam. Barangkali sesuai dengan zaman kebangkitan Islam, ramai sasterawan di Malaysia dan Indonesia sudah mulai kembali menghayati karya-karya sastera yang berunsurkan Islam dan sufi. Di Indonesia ini dipelopori oleh penyair besar Abdul Hadi WM. Di Malaysia dipelopori oleh Yusof Zaki dan Shahnon Ahmad.
MOHAMED ANWAR OMAR DIN adalah pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPBKKM), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau banyak membuat kajian dan menerbitkan karya ilmiah khususnya dalam bidang kebudayaan dan pelancongan di Malaysia.
Kandungan
Prakata Pendahuluan
BAHAGIAN I KONSEP SASTERA ISLAMI
Bab 1 Azab Allah: Juzuk Yang digeruni dalam Sastera Islam SHAHNON AHMAD Bab 2 Persuratan Pembangunan Ummah: Antara Tasawur Islami dan al-Adib Rabbani A.AZIZ DERAMAN Bab 3 Fokus Sastera Islam SHAFIE ABU B AKAR Bab 4 Wajah Islam dalam Kesusasteraan Melayu S. OTHMAN KELANTAN Bab 5 Sastera Islam di Malaysia: Antara Tuntutan dan Pengisiannya S AHLAN MOHD SAMAN Bab 6 Sastera Islam di Malaysia: Pengisian Makna daripada Sudut Penikmat Karya HAZAMI JAHARI Bab 7 Nilai Kemanusiaan - Islam dalam Persuratan Melayu SHAHARUDDIN MAARUF Bab 8 Muslim Burmat Novelis Brunei Darussalam A. WAHAB ALI Bab 9 Beberapa Nisbah dalam Sastera Islam MOHAMED ANWAR OMAR DIN
BAHAGIAN II MASYARAKAT DAN KESUSASTERAAN
Bab 10 Kesusasteraan Islam Melayu dan Jawa di Indonesia SIMUH Bab 11 Citra Perjuangan Rakyat Aceh: Pancaran Ideologi daripada Hikayat Perang Sabil dan Lain-lain TEUKU IBRAHIM ALFIAN Bab 12 Dialektika Adat dan Agama Islam dalam Sastera Lisan Minangkabau SURYADI Bab 13 Nilai-Nilai Islam dalam Puisi Kanak-Kanak KAMSIAH ABDULLAH Bab 14 Dua Buah Drama Karya Henrick Ibsen: Satu Analisis Berdasarkan Perspektif Islam NURAHFAH VANTTHA ABDULLAH Bab 15 Sastera Melayu di Riau: Antara Penciptaan dan Pembacaan yang Islam AL AZHAR Bab 16 Nuansa Islami dalam Puisi Indonesia Moden RAMINAH BARIBIN
BAHAGIAN III TOKOH DAN KARYA
Bab 17 Sumbangan Puisi Syeikh Ahmad Al-Fatani (Q. S.) dalam Kesusasteraan Melayu Islami MUHAMMAD BUKHARILUBIS Bab 18 Lebih Lanjut dengan Serat Tajusalatin dalam Hubungannya dengan Kitab Taj As-Salatin WORO ARYANDINI S. M. SI. Bab 19 Pascamodenisme dan Globalisme: Fikrah Islamiyyah Berasaskan Paradigme Hassan Hanafi MANA SIKANA
Rujukan Indeks
|