|
Judul : Ka'bah - 33 Puisi Tanah Suci Pengarang : Isa Kamari Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Genre : Kumpulan Puisi Mukasurat : 74 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9832334780
Ka'bah merupakan kumpulan pertama puisi mistik dan kerohanian dalam siri puisi tanah suci. Kumpulan kedua ialah Lorong Wahyu dan diikuti dengan Cinta Arafah
Penulis : Isa Kamari - Penerima S.E.A Write Award 2006
Konsep Puisi Ka'bah, Lorong Wahyu dan Cinta Arafah merupakan kembara kerohanian Isa Kamari. Kehalusan tanggapan Isa Kamari terhadap realiti di tanah suci melewati dindingan alam nyata dan memasuki alam kerohanian yang penuh mistik. Bait-bait puisinya yang halus dan lembut memberi makna yang menyentuh jiwa. Tentu sekali puisi-puisi Isa Kamari ini akan memberi kesedaran yang lebih mendalam terhadap ibadah Haji dan Umrah.
Konsep Album 3 Lagu dalam album yang diserta bersama buku ini berasaskan puisi Ka'bah, Masjid Rahman dan Kepulangan. Lagu-lagu tersebut dicipta dalam tradisi SOUTI SARMAD iaitu genre muzik sufi yang bernafaskan zikir dan cinta dengan sentuhan dan getaran muzik dunia. 5 Puisi juga dideklamasikan untuk memaparkan kepelbagaian cara menghayati puisi.
|