|
Judul : Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah Pengarang : Bhasah Abu Bakar Penerbit : Utusan Publications & Distributions Genre : Pendidikan Mukasurat : 97 halaman Cetakan Pertama : 2007 ISBN : 9676119261
Buku ini membincangkan tentang analisis data dengan menerangkan kaedah penggunaan ujian-t, ANOVA, Kolerasi, Khi kuasa dua dan regresi linear dalam penyelidikan. Kaedah ini sesuai untuk penyelidik yang ingin mengenal ketepatan kaedah menggunakan statistik ujian bagi sesuatu penyelidikan terutamanya kepada pelajar di peringkat diploma, ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran untuk projek, tesis atau disertasi yang sedang dijalankan. Penyelidik baru dan pembantu-pembantu penyelidik dari bidang Sains Sosial dan Pendidikan akan mendapati buku ini amat berguna dalam membantu mereka untuk memahami rasional bagi setiap tindakan yang dibuat dalam analisis data yang berdasarkan SPSS.
Buku ini menjelaskan Apa? Mengapa? dan Bagaimana? setiap ujian stastistik itu perlu dilaksanakan berdasarkan data yang diperoleh. Buku ini membuka lembaran dengan mengenalkan beberapa konsep yang perlu diketahui sebelum membuat analisis data dengan contoh-contoh yang bersesuaian. Di samping itu, bab-bab seterusnya menjelaskan statistik ujian dengan lebih lanjut lagi. Perbincangan selanjutnya diikuti dengan ujian stastistik yang lazimnya digunakan dalam sesuatu penyelidikan terutamanya penyelidikan yang dibuat di peringkat sekolah, maktab dan universiti.
Buku ini amat sesuai untuk membantu para pelajar di peringkat diploma, ijazah dan ijazah lanjutan dalam penulisan analisis data bagi projek, disertasi atau tesis mereka. Buku ini ditulis dengan memikirkan keperluan pelajar di peringkat yang dinyatakan di atas agar dapat membuat analsis data dengan lebih baik dan lebih bermakna.
Pada asasnya, buku ini cuba membincangkan tentang analisis data dalam penyelidikan yang dibuat secara kuantitatif. la boleh dianggap sebagai lanjutan daripada Buku Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei, proposal, tests) yang ditulis oleh Dr. Sulaiman Masri yang memberikan gambaran umum dalam penyelidikan. Buku ini cuba memperincikan huraian statistik, ujian-t, ANOVA, khi kuasa dua, korelasi dan regresi linear setara dengan keperluan pelajar. Statistik huraian, ujian-t, ANOVA, khi kuasa dua dan regresi linear merupakan statistik ujian asas yang perlu difahami oleh setiap penyelidik dengan baik. Penyelidik harus memahami data yang diperlukan bagi setiap ujian statistik berkenaan, andaian yang diperlukan, bila hendak menggunakan statistik ber-kenaan, tujuan menggunakan ujian statistik berkenaan dan kaedah masa kini untuk menulis hasil dapatan berdasarkan keputusan yang didapati dalam jadual bagi setiap ujian statistik yang dibuat.
Di samping itu, buku ini juga bertujuan menerangkan prinsip umum dalam membuat analisis data dan membantu pelajar agar mampu untuk membaca laporan tentang analisis data dan berkebolehan pula untuk membuat satu analisis data berdasarkan projek yang dilaksanakan.
Kandungan
Bab 1 Konsep Asas Pengenalan Pembersih Data Pengujian Hipotesis Fungsi Hipoteis Jenis Hipotesis Ujian Hipotesis Kriteria Menerima atau Menolak Ho Statistik Inferen Keputusan Ujian Hipotesis Aras Signifikan (Aras Keertian) Masalah Membuat Keputusan Keputusan Betul Keputusan Salah Empat Kebarangkalian Asas Ancaman kepada Kesahan Dalaman
Bab 2 Statistik Huraian Pengenalan Apa Dia Data? Skala Pengukuran Andaian Data Parametrik Konsep Asas Statistik Taburan Kekerapan Taburan Kekerapan Data Berkumpulan Graf Bar atau Histogram Poligon Kekerapan Kecondongan Memusat Kebolehubahan Pencongan Kutosis Taburan Normal
Bab 3 Ujian-T Pengenalan Ujian-T- Untuk Satu Sampel Ujian-T - Untuk Berpasangan Ujian-T - Untuk Dua Sampel
Bab 4 ANOVA Pengenalan Konsep Hala Dalam ANOVA Andaian Bagi ANOVA Output Daripada ANOVA Ujian Kehomogenan Varian Homogeneous Subsets LSD (Least Sigificant Difference) Benferoni dan Tukey Kaedah Pelaporan Dapatan Daripada ANOVA Contoh Penulisan Pelaporan ANOVA
Bab 5 Ujian Khi Kuasa Dua - X2 (Chi Square Test) Pengenalan Bentuk Data Andaian untuk Menggunakan Ujian Khi Kuasa Ciri-ciri Ujian Khi Kuasa Dua (X2) Kegunaan Khi Kuasa Dua (X2) Ujian Ketaksandaran Contoh Penulisan Pelaporan Khi Kuasa Dua (X2)
Bab 6 Korelasi Pengenalan Kovarian Koefisien Penentuan Maksud Ujian Signifikan untuk Korelasi Output Dari Korelasi Contoh Penulisan Pelaporan Korelasi Konsep Korelasi Separa Bacaan Simbol Order Dalam Korelasi Separa Penentuan Bagi Koefisien Separa Scatter Plots
Bab 7 Regresi Linear Mudah Pengenalan Kegunaan Ujian Regresi Hipotesis Nol yang Diuji Model Summary Ujian-T Adjusted R2 Beta weight Menggunakan Koefisien Regresi Linear untuk membuat Peramalan Contoh Penulisan Pelaporan Regresi
Rujukan Indeks Biodata
|