|
Judul : Kalau Kita Menjadi Kayu Penyelenggara : Nor Azah Abd Aziz, Rozlan Mohamed Noor Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Kumpulan Cerpen, Puisi, Kajian & Rencana Sastera Mukasurat : 254 Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9676118982
Menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, iaitu: 10 buah cerpen, 10 buah puisi, 2 buah kajian, dan 2 buah rencana sastera. karya-karya tersebut merupakan hasil cipta pengarang kawakan tanah air, di samping penulis generasi baharu.
Karya-karya multi genre itu menyerlahkan kematangan pemikiran dan kepekaan yang tinggi terhadap perkembangan setempat juga antarabangsa, sekali gus menghantar mesej tentang peri pentingnya menjunjung moraliti dan ilmu dalam membentuk jati diri insan. Dengan muatan sejarah, psikologi, politik, agama, ekonomi, dan falsafah, karya-karya tersebut dihantar dengan cara berseni, mencuit hati dan menguja daya taakulan.
"Kalau Kita Menjadi Kayu", puisi yang diangkat menjuduli antologi ini mengirim peringatan tentang permainan puak oportunis yang licik, yang selalu menundukkan puak yang memilikki kuasa sehinnga kuasa itu menjadi takluknya pula.
Kandungan.
Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera.
Cerpen
Pasir di Bawah Belati (S.M. Zakir) Hikayat Naga Gunung Cimayu (Ghazali Lateh) Cerita-cerita Akhir (Ummi Hani Abu Hassan) Memaknakan Cinta (Salina Ibrahim) Retorik (Ramli Abdul Halim) Alkisah Ular... Ular & Ular (Zainal Rashid Ahmad) Psiko (Nazel Hashim Mohamad) Orang Berjasa (Mohd. Affandi Hassan) Kidung Akarku (Tiras R) Osmosis (Amaruszati Noor Rahim)
Puisi
Kalau Kita Menjadi Kayu (Abdul Rahim Idris) Al-Andalus Menangis (Fahd Razy) Puisi Buat Umaira di Narathiwat (Wadi Leta S.A.) Jika Ingin Mencari (Nazim Mohd. Subari) Sahabatku: Si Nadim Tak Bernama (Zainal Rashid Ahmad) Di Gerai Masa(Nazim Mohd. Subari) Senja Terakhir di Multazam (Nora) Akar (Hilmi Rindu) Nafiri (Kemala) Catatan Kecil buat Jiran yang Berpindah Jauh (Hilmi Rindu)
Kajian Dan Rencana Sastera
Rubiah dan Estetika Sastera Melayu (Shukri Matt Ali) Tunggu Teduh Dulu: Citra Dakwah Islamiah Kontemporari (Nisah Haron) Bina Bangsa Melalui Sastera(Prof. Madya Dr. Noriah Taslim) Sasterawan-Tentera: Posisi Baru Perjuangan Penulis Islam(Faisal Tehrani)
|