|
Judul : Kamus Istilah Undang-undang Keluarga Islam Pengarang : Dr Zaleha Kamaruddin / Raihanah Abdullah Penerbit : Zebra Editions Sdn Bhd Genre : Undang-undang Mukasurat : 195 halaman Cetakan Pertama : 2002 ISBN :9832617006
Kamus Istilah Undang-undang Keluarga Islam disusun khusus sebagai usaha menyediakan bahan rujukan asas dalam bidang ini yang masih kurang untuk kegunaan para pelajar universiti, pengamal undang-undang dan pembaca umum. la menyenaraikan lebih 100 istilah yang berkaitan dengan Undang- undang Keluarga Islam yang seringkali dirujuk dalam banyak kes di Mahkamah Syariah di negara ini. Semua istilah diberi makna dan huraian komprehensif serta di mana perlu diperkuatkan dengan petikan al-Quran dan hadith sebagai sumber rujukan.
Kamus ini sesuai digunakan sebagai teks asas bagi pelajar kursus Undang-undang Syariah di semua universiti, peguam sivil dan syarie, pegawai dan pentadbir Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah serta pembaca umum yang ingin mengetahui pelbagai aspek pelaksanaan Undang-undang Keluarga Islam di negcara ini.
Setiap istilah dihuraikan dalam bahasa yang mudah menjadikan kamus ini juga sesuai dibaca oleh mereka yang langsung tidak mempunyai pengetahuan asas dalam undang-undang Islam.
Kedua-dua penulis kamus ini berkelayakan dan berpengalaman luas dalam bidang Undang-undang Keluarga Islam.
|