|
Judul : Kamus Istilah Undang-Undang Jenayah Syari'ah (Hudud, Qisas & Ta'zir) Pengarang : Mohd Shukri Hanapi / Mohd Tajul Sabki Abdul Latib Penerbit : Zebra Editions Sdn Bhd Genre : Undang-undang Mukasurat : 318 halaman Cetakan Pertama : 2003 ISBN : 983261709x
KAMUS Istilah Undang-Undang Jenayah Syari'ah (Hudud, Qisas & Ta'zir) disusun bagi menyediakan ilmu-ilmu asas tentang Undang- Undang Jenayah Syari'ah dalam usaha memahami persoalan-persoalan yang timbul berkaitan dengannya. Selain itu ia juga berhasrat mengelak masyarakat dari bercakap dan berhujah tentang Hudud, Qisas dan Ta'zir tetapi tidak mempunyai ilmu tersabit dengannya.
Kamus ini menyenaraikan lebih daripada 100 istilah yang berkaitan Undang-Undang Jenayah Syari'ah yang masyhur dan seringkali didengar.Semua diberi makna serta huraian yang agak terperinci. Di mana perlu, huraian istilah-istilah itu disertai dengan contoh-contohnya agar pembaca dapat memahaminya dengan mudah dan mendalam. Semua huraian berdasarkan al-Qur'an, Hadis dan pelbagai kitan rujukan yang autoritatif.
Kamus ini ssesuai dijadikan rujukan bagi para pelajar pusat pengajian tinggi, pengkaji dan sesiapa saja yang berminat mengetahui pelbagai aspek berkaitan Undang-Undang Jenayah Syari'ah serta perlaksanaanya.
|