|
Judul : Keanehan Dan Keunggulan Buku Pengarang : Shaharom TM Sulaiman Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Esei Mukasurat : 227 halaman Cetakan Pertama : 2002 ISBN : 9676113069
Sesetengah individu berperilaku aneh terhadap buku, seperti John Stewart yang berwasiat supaya dia dikuburkan bersama buku-bukunya. Manakala Isac Volmer dan Theodore Rinking sanggup memakan buku. Dalam era terkini, pakar kesihatan Inggeris telah berjaya menyembuhkan penyakit tertentu dengan menggunakan buku. Keanehan dan Keunggulan Buku menghimpunkan tulisan penulis tentang keupayaan buku dan perpustakaan dalam mempengaruhi kehidupan manusia. Antara yang menarik diperkatakan ialah membaca sebagai terapi, adab menjaga dan menghormati buku, kuasa sihir novel Harry Potter, kisah penjenayah buku, buku-buku yang mengubah dunia, perpustakaan digital komersial, pengurusan pusat sumber sekolah pada alaf baru, si idiot's lawan si dummies, sentuhan Amazon.com dan mimpi buruk penerbitan novel-E. Menerusi buku ini, khalayak akan dapat mengikuti perkembangan hayat buku dengan segala keanehan dan keunggulannya, dari zaman tradisional hinggalah era digital. Sejarah membuktikan bahawa buku merupakan indeks kepada kecemerlangan dan keintelektualan bangsa. Bahkan tahap kemajuan sesuatu bangsa ditentukan oleh tahap kemajuan industri bukunya. Kecintaan terhadap buku mendorong penulis untuk melahirkan karya ini bagi tujuan menyedarkan serta mengembalikan minat kepada sesiapa jua yang pernah membaca agar terus membaca.
|