|
Judul : Kehidupan Hati - Untuk Sampai Kepada Tuhan Yang Dikasihi Pengarang : Imadu al-Din Muhammad bin al-Husin Penerbit : Utusan Publishing & Distributors Genre : Agama Mukasurat : 447 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9676117382
Sebuah kitab tasawuf, Kehidupan Hati Untuk Sampai Kepada Tuhan Yang Dikasihi diterjemahkan oleh Allahyarham Ustaz Haji Salleh Karimi bin Haji Mohd Kari daripada kitab Hayatul Qulub fi Kaifiyati al-Wusul ila al-Mahbub
Kitab ini ditulis sebagai panduan kepada insan yang mahu menyucikan jiwa dan menghiasinya dengan bentuk amal tertentu bagi mencapai kebahagiaan yang berkekalan. Dibentangkan di dalamnya ilmu mengenali hal-ehwal hati atau qalbu, sama ada tentang kebaikan mahupun kejahatannya, dan bagaimana pula merawatnya daripada perkara aib dan kecelaan, serta cara-cara membersihkannya daripada najis maknawi. Mengenali hati ialah jalan untuk lebih mengenali Rab al-Izzati demi memperoleh keredhaan-Nya.
Terbina oleh empat bahagian utama, kitab ini membahaskan : pengenalan kepada ilmu dan hakikat tasawuf; dan takrif istilah sufi serta wasiat berguna buat musafir menujui al-Khaliq yang dicintai.
Kitab Kehidupan Hati untuk Sampai kepada Tuhan yang Dikasihi edisi adaptasi ini merupakan satu penulisan yang amat berharga di persada ilmu Islam, khususnya bidang ilmu tasawufyang menyentuh keperibadian, keluhuran dan pengabdian insan kepada Yang Maha Pencipta. Sehubungan itu, kitab ini juga memberi impak yang mendalam melalui sentuhan ilmu tasawuf terhadap pembangunan insan yang mempunyai semangat spiritual-sosial berdasarkan al-Quran dan al-Hadith serta kisah para sahabat r.a. Justeru, kandunganya sudah tentu dapat mengimbangi hadharah duniawiyyah dan ukhrawiyyah secara fizikal, spiritual dan metafizikal. Bertepatan dengan itu, usaha barisan panel penyunting yang mengadaptasi buku terjemahan ini ke dalam gaya bahasa moden diharapkan dapat memberi input yang baik kepada khalayak pembaca agar kandungannya mudah diamalkan.
Kandungan
BAHAGIAN PERTAMA Ilmu Tasawuf
BAHAGIAN KEDUA Penyucian Jiwa daripada Sifat Tercela Bab: Sifat Tercela pada Anggota Zahir Bab: Tipu Daya Dunia, Nafsu dan Syaitan, dan Permusuhannya Bab: Perihal Hawa Nafsu, Bermain-main dan Keinginan Bab: Berasa Aman daripada Tipu Daya Allah dan Seksaan-Nya, Jahat Perangai, Sombong atau Angkuh, Tamak pada Dunia, Kasih kepada Harta, dan Suka kepada Patung (Ukiran) Bab: Membesarkan Orang Kaya, Menghina Orang Miskin, Bermegah-Megah, Sombong Membesar Diri Kasih kepada Pangkat dan Kemegahan
BAHAGIAN KETIGA Pengisian Jiwa dengan Sifat Terpuji Bab: Baik Sangkaan kepada Allah Bab: Taubat dan Perkara-perkara yang Berkaitan Dengannya Bab: 'Uzlah dan Khulwah (Menyendiri dengan Melaksanakan Ibadat kepada Allah) Bab: Memelihara Hak Allah dan Menghitung Diri Bab: Berzikir dan Berfikir Bab: Warak Bab: Zuhud Bab: Tawakkal dan Berserah kepada Allah Bab: Faqir, Qana"ah, Ithar, dan Pemurah Bab: Kasih dan Rindu Bab: Takut (Khauf), Kasihan dan Sedih Bab: Khusyuk dan Ikhbat Bab: Muraqabah Bab: Benar Bab: Sabar dan Syukur Bab: Tawaduk, Husnul Khuluk dan Ihsan Bab: Redha dan Taslim Bab: Mujahadah dan Muamalah Bab: Taqwa, YAkin dan Berdiam Bab: Ilmu, Makrifat dan Sifat-Sifat Al-'Arif
BAHAGIAN AKHIR Bab: Penjelasan Makna Lafaz yang Terdapat dalam Istilah Sufi Bab: Mengenal Akal, Nafsu, Roh, hati, Khatar, dan yang Berkaitan Bab: Makna Wali, Wilayah, Karomah, dan yang Berkaitan Bab: Menerangkan Tentang Wasiat dan Nasihat yang Berguna bagi Murid dan al-Salik bagi Jalan Menuju Allah S.W.T
|