|
Judul : Kejayaan dari Dalam Pengarang : Ainon Mohd Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd Kategori : Bisnes & Pengurusan | Kepimpinan Mukasurat : 218 halaman Cetakan Pertama : 2004 ISBN : 9833376932
Sains sudah membuktikan individu yang berjaya mempunyai ciri psikologi yang berbeza daripada mereka yang kurang berjaya. Kenali diri sendiri sama ada kita tergolong sebagai orang yang berjaya ataupun sebaliknya.
Kejayaan kerjaya, profesion dan kehidupan bergantung kepada dua jenis faktor, yakni faktor dalaman dan faktor luaran. Antara kedua-duanya, faktor dalaman memainkan peranan yang lebih besar menentukan kejayaan. Apa yang dikatakan ?faktor dalaman? adalah ciri-ciri psikologi seseorang. Namun, bagi kebanyakan orang mereka menyangka faktor-faktor luaran amat kritikal ke atas kejayaan.
Buku ini ditulis bagi menerangkan jenis-jenis faktor dalaman yang amat penting pengaruhnya ke atas kejayaan. Mudah-mudahan dengan cara penerangan yang dituliskan dalam bahasa mudah ini pembaca mendapat gambaran jelas tentang ciri-ciri psikologi yang perlu dikembangkan dalam diri seseorang sebagai persediaan bagi mencapai kejayaan.
Bahan-bahan dalam buku ini sudah diterangkan dalam buku-buku saya yang lebih awal, tetapi dalam buku ini bahan-bahan itu diolah semula bagi memudahkan lagi kefahaman, khususnya bagi pembaca yang tidak datang daripada bidang psikologi.
Buku ini ditujukan kepada: Pembaca individu yang mahu meningkatkan lagi prestasi kejayaan mereka sekarang. Guru-guru yang mahu meningkatkan lagi prestasi mereka sebagai pendorong kepada para pelajar. Ibu bapa yang mahu membantu anak-anak mereka berjaya, baik di sekolah apatah lagi selepas tamat persekolahan.
Mudah-mudahan penerangan yang mudah di dalam buku ini dapat membantu ketiga-tiga golongan sasaran di atas dengan lebih berkesan.
Kandungan
Bahagian 1 : Memahami Pengaruh Konsep Diri ke atas Jiwa 1. Jendela Johari: Siapakah Aku? 2. Cara Mengenali Diri Sendiri 3. Apa Itu yang Dikatakan Konsep Diri? 4. Konsep Diri Dapat Diubah 5. Kesan Konsep Diri ke atas Tingkah Laku 6. Kesan Konsep Diri ke atas Keyakinan Diri 7. Kesan Label ke atas Konsep Diri 8. Kesan Konsep Diri ke atas Kesihatan 9. Kesan Konsep Diri ke atas Nasib Masa Depan 10. Kesan Konsep Diri ke atas Persepsi Realiti 11. Kesan Konsep Diri ke atas Kejayaan 12. Bagaimana Konsep Diri Tercipta? 13. Kesan Kata-kata Orang Lain ke atas Konsep Diri 14. Konsep Diri Hasil Perbandingan dengan Orang Lain 15. Konsep Diri Hasil Penilaian ke atas Diri Sendiri 16. Jenis-jenis Konsep Diri 17. Konsep Diri Cenderung Berkekalan 18. Berkenalan dengan Diri Sendiri
Bahagian 2 : Memahami Pengaruh Estim ke atas Jiwa 19. Estim: Suka pada Diri Sendiri 20. Apa itu Estim? 21. Peranan Penting Estim ke atas Kejayaan 22. Estim Boleh Turun Naik 23. Kesan Estim ke atas Kejayaan 24. Kestabilan Estim 25. Kesan Harta ke atas Estim 26. Kesan Bakat dan Kebolehan ke atas Estim 27. Kesan IQ ke atas Estim 28. Kesan Ketampanan dan Kejelitaan ke atas Estim 29. Kesan Kejayaan Orang Lain ke atas Estim 30. Kesan Kuasa ke atas Estim 31. Kesan Agama ke atas Estim 32. Kesan Aktiviti Bermanfaat ke atas Estim 33. Kesan Persahabatan ke atas Estim 34. Kesan Situasi Negatif ke atas Estim 35. Kesan Membuka Diri ke atas Estim 36. Kesan Ganjaran ke atas Estim 37. Kesan Estim ke atas Cabaran 38. Kesan Estim ke atas Keyakinan Diri 39. Kesan Estim ke atas Harga Diri 40. Kesan Estim ke atas Rasa Kesepian 41. Kesan Estim ke atas Perasaan Takut 42. Kesan Estim ke atas Sikap Curiga 43. Kesan Estim ke atas Sikap Pesimistik 44. Kesan Estim ke atas Penilaian Diri 45. Kesan Estim ke atas Kegagalan 46. Kesan Estim ke atas Ketekalan Diri 47. Kesan Estim ke atas Pertahanan Diri 48. Kesan Estim ke atas Peningkatan Diri 49. Kesan Estim ke atas Motivasi Diri 50. Kesan Afektiviti Positif dan Negatif 51. Kesan Estim ke atas Gaya Bercakap 52. Kontroversi Berkenaan Strategi Meningkatkan Estim 53. Strategi Meningkatkan Keyakinan Diri
Bahagian 3 : Memahami Pengaruh Keperluan ke atas Jiwa 54. Kesan Keperluan ke atas Tingkah Laku 55. Kesan Keperluan Fisiologi ke atas Tingkah Laku 56. Kesan Keperluan Keselamatan ke atas Tingkah Laku 57. Kesan Keperluan Sosial ke atas Tingkah Laku 58. Kesan Keperluan Estim ke atas Tingkah Laku 59. Kesan Keperluan Self-Actualisation ke atas Tingkah Laku
Bahagian 4 : Memulakan Perubahan Diri 60. Langkah Pertama Meningkatkan Perubahan Diri 61. Anda Tidak Perlu Kelulusan Kelas Satu 62. Terima Salah Sendiri 63. Tukar Skrip Hidup Anda 64. Tangguhkan Kepuasan Hari ini 65. Tukar Orientasi Waktu Anda 66. Pantau Diri Sendiri 67. Jangan Lari daripada Masalah 68. Mengapa Harus Takut Gagal? 69. Belajar Menggunakan Gol
|