Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Merantau Ke Deli
Cinta Fansuri
Ayat-ayat Cinta
>Penerbit UM

Kekeluargaan Islam Menurut Al Quran dan Al Sunnah

Kekeluargaan Islam Menurut Al Quran dan Al Sunnah
Judul : Kekeluargaan Islam Menurut Al Quran dan Al Sunnah
Harga : RM20.00
Nombor siri : 3541112
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Kekeluargaan Islam Menurut Al Quran dan Al Sunnah
Pengarang : Paizah Ismail
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Genre : Ilmiah
Mukasurat : 164  halaman
Cetakan Ketiga : 2003
ISBN : 9831001524

Kekeluargaan merupakan salah satu aspek hidup manusia yang paling diberi perhatian oleh syariat Islam. la dilihat sebagai wadah bagi lelaki dan wanita mencari kedamaian dan kebahagiaan hidup bersama juga melahirkan zuriat bagi menyambung kehidupan dari satu generasi ke satu generasi.
Kepentingan tentang kekeluargaan boleh dilihat melalui isu-isu tentangnya mendapat tempat yang luas dalam al-Quran dan al-Sunnah. Banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a. w .yang memperkatakan tentang kekeluargaan sama ada secara prinsip atau terperinci.

Buku ini bertujuan untuk menghuraikan ayat-ayat dan hadis-hadis berkenaan dengan matlamat untuk memperjelaskan garis-garis dasar tentang bagaimana sepatutnya kekeluargaan itu dibentuk dan dihayati oleh masyarakat Islam. Agar kekeluargaan dan kedamaian hidup yang menjadi objektif kepada pembinaannya dapat dicapai dengan baik.

Menghuraikan sesuatu tentang syariat Islam berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah ada keistimewaannya yang tersendiri. Terutamanya ia lebih menggambarkan prinsip asas yang ada dalam syariat Islam. Berlainan sekali kalau huraian berasaskan kepada pentafsiran dan pendekatan yang telah dibuat oleh orang terdahulu kerana pendekatan dalam huraian berkenaan mungkin tidak sesuai dengan suasana semasa dan setempat pada waktu ini. Dengan kembali kepada sumber asas pengajaran Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah diharapkan penulisan ini dapat dilanjutkan kemudian nanti bagi disesuaikan dengan realiti dan keperluan semasa masyarakat setempat.

Dalam menghuraikan isu-isu berkenaan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah buku ini tidak mengambil pendekatan hukum sebagaimana biasa didapati dalam penulisan tentang hukum kekeluargaan. la sebaliknya mengambil pendekatan sosial dengan penumpuan dibuat terhadap sistem nilai yang perlu direalisasikan oleh pihak- pihak yang terlibat dalam keluarga berkenaan dalam membina dan menghayati kehidupan berkeluarga itu sendiri.

Dalam bentuknya yang ada buku ini ditujukan untuk pembaca umum. Bagaimanapun ia sangat berfaedah bagi pelajar yang mengambil subjek kekeluargaan terutamanya kekeluargaan Islam di peringkat pengajian tinggi. Amat berfaedah sekali bagi para pelajar menumpukan perhatian kepada aspek-aspek yang diutarakan dalam buku ini bagi dijadikan asas kepada kerja lapangan tentang kehidupan berkeluarga dalam masyarakat kita sekarang.


KANDUNGAN

Prakata
1 Pendahuluan
2 Antara Lelaki dan Perempuan
3 Kepentingan Berkeluarga
4 Kaedah memilih Pasangan
5 Pertunangan
6 Persetujuan Perempuan dan Keizinan Wali
7 Mas Kahwin
8 Persiapan dan Majlis Perkahwinan
9 Kehidupan Suami Isteri
10 Hak dan Kewajipan Suami Isteri
11 Kedudukan Ibu Bapa dan Sanak Saudara
12 KedudukanAnak-Anak
13 Kalau Terjadi Perselisihan
14 Keluarga Bahagia

Bibliografi

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us