Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Kerjaya Sebagai Pegawai Kastam Diraja Malaysia
Cinta Madinah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
A-Z Sulaman Manik
Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan
Tukcai
Antologi Kacak Jelita
>Koleksi / Direktori Penulis>A. Samad Said

Keledang

Keledang
Judul : Keledang
Harga : RM40.00
Nombor siri : 2747122
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Keledang
Pengarang : A Samad Said
Penerbit : Wira Bukit Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 171 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9833922055
Kulit Keras


Keledang mengisahkan mengenai pengalaman getir dan cemas - tapi penuh harapan - sekumpulan penduduk kampung yang terjebak dalam cengkaman penjajahan Jepun.

Dalam novel ini dipaparkan bagaimana di tengah-tengah ancaman -malah penipuan - penjajah dan warga sendiri, sekelompok orang Kampung Bukit Keledang masih tetap gigih bertahan mengharungi dan menyakini masa depannya.

Novel ini terisi dengan pelbagai rencah pengalaman hidup yang bakal mengayakan khazanah pengalaman batin kita.  

Menjengah Zaman Yang Berbeza

 Novel Keledang ini adalah di antara sekelompok karya seni saya yang merakamkan  pengalaman khusus pada zaman Jepun, satu era yang sangat meresahkan. Selain novel Sungai Mengalir Lesu dan Adik Datang, novel ini secaranya sendiri turut melengkapi pengalaman cemas dan getir kehidupan yang pernah dilalui oleh mereka segenerasi saya pada dekad tersebut.

 Berbeza dengan Sungai Mengalir Lesu, novel Keledang lebih menjurus kepada kerenah hidup segolongan kaum kita sendiri. Gementar oleh ancaman penjajah Jepun, beberapa orang tempatan dapat berubah menjadi talibarut Jepun yang rupa-rupanya turut sama menindas.

 Betapapun, tidak semua orang menerima saja kekejaman itu. Dalam novel ini, misalnya, di samping sangat ramai yang cemas dan menyerah, tapi masih tetap ada watak yang gigih melawan, mempercayai bahawa maruah manusia wajar dipelihara dan dipertahankan.

 Kisah yang penuh gusar ini saya landaskan secermatnya pada serpihan pengalaman sebenar yang pernah saya alami pada dekad yang sungguh menginsafkan itu. Semakin jauh ke hujung usia, semakin saya sedari bahawa manusia rupa-rupanya mudah cepat berubah oleh tekanan lingkungannya yang mendesak. Seseorang boleh menjadi cepat dewasa oleh sesuatu peristiwa seperti perang dan seseorang juga boleh secara senyap berubah menjadi insan aneh yang memilukan bangsanya. Mereka yang disangka sangat baik tidak mustahil berubah menjadi seburuk-buruk insan kepada kelompok teman yang ada kalanya memang sama-sama tertindas.

 Maka itulah saya sangat berharap Keledang dapat menjadi sebaik-baik iktibar kepada kita yang kebetulan kini masih juga sedang hidup di tengah ancaman perang itu sendiri. Walaupun, mungkin sangat terlalu mustahil untuk menghindari perang sepenuhnya, tapi perang sebenarnya masih tetap boleh dibatasi oleh pemimpin-pemimpin dunia yang waras, kerana tidak ada peperangan yang menguntung atau membahagiakan.

 Memandangkan novel Keledang ini sudah terlalu lama tidak dicetak ulang, maka saya mengharapkan kehadirannya akan menjadi sangat bererti. Mereka yang rajin dan bersemangat, hendaknya sanggup terus mendapatkan - dan membaca - Sungai Mengalir Lesu dan Adik Datang untuk memperoleh gambaran (dan pelajaran) yang lebih luas dan matang tentang negara merdeka yang kita warisi ini.

 Saya berharap juga agar novel-novel sekelompok ini tidak hanya dibaca sebagai buku cerita semata. Setiap sasterawan sebenarnya sentiasa ingin menyampaikan satu rentetan pengalaman hidupnya, dan novel-novel yang saya tulis selama ini memang bertujuan sedemikian. Sebagai seorang insan biasa, kita tentu saja tidak dapat melalui kehidupan semua orang, lebih-lebih lagi dalam semua zaman. Maka itu, kita memungkinkannya melalui pembacaan novel-novel yang telah sedia dan bakal ada.

 Jika pembaca sempat terjengah sekerlip dua zaman kehidupan yang saya rakamkan melalui Keledang ini - apalagi jika seseorang dapat menjadi sedikit bijaksana oleh dan kerananya - maka saya merasa kerja seni saya tidaklah sia-sia.

 - A. Samad Said

 

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us