|
Judul : Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu Pengarang : Ainon Mohd. & Abdullah Hassan Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Minda Kreatif Mukasurat : 233 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833372120
Pandai belajar tidak serupa dengan pandai berfikir. Kedua-dua kemahiran ini penting bagi kejayaan dalam dunia akademik mahupun dalam dunia pekerjaan. Tetapi masih ramai guru dan ibu bapa yang menyangka individu yang pandai belajar tentulah pandai berfikir.
Pada masa ini, guru-guru sekolah mementingkan kemahiran belajar dan dapat dikatakan hampir mengabaikan kemahiran berfikir. Akibatnya, kita selalu berjumpa dengan para pelajar yang mendapat markah tinggi dalam peperiksaan tetapi menjadi orang yang biasa-biasa sahaja keberkesanannya dalam dunia pekerjaan. Sebaliknya, kita berjumpa dengan individu-individu yang semasa belajar dikategorikan sebagai bukan. pelajar cemerlang tetapi begitu berjaya dalam profesion mereka.
Namun, sehingga sekarang masih ramai majikan yang mengambil kerja individu-individu yang mendapat markah tinggi dalam peperiksaan dengan andaian mereka itu dapat menjalankan tugas-tugas dengan lebih berkesan. Jelas sekali mereka tidak menyedari bahawa markah peperiksaan yang tinggi membuktikan individu berkenaan adalah seorang yang mempunyai kemahiran belajar dan kemahiran menjawab soalan peperiksaan. Kedua-dua kemahiran itu tidak semestinya hadir bersama-sama dengan kemahiran berfikir dalam dunia praktikal.
Kandungan
Bahagian 1 : Teknik-teknik Berfikir Kreatif Teknik Berfikir Sumber Ilham Ilham Tak Sengaja Idea Bukan Pakar Mencari Sumber Idea Inovatif Cara Barat Meniru Cara Amerika Teknik Membuat Tanda Takuk Teknik Eliminasi Kaedah Hot Point Company Daftar Pertanyaan Senarai Semakan Kad Idea Teknik Mayang-Mengurai Sesi 'Bagaimana Untuk' Teknik Analogi Kuantiti Idea Teknik Idea Dominan Teknik Analisis Sifat Teknik Menukar Pintu Masuk Teknik Songsang Teknik Herot-Perot
Bahagian 2: Kreativiti Jepun Kreativiti Jepun Kreativiti Pekerja Jepun Konsep Berniaga di Jepun Konsep Syarikat di Jepun Modal dan Pengurusan Teori Buruh Jepun MenyamaRatakan Status Mengurus Minat Kreatif Mendorong Kreativiti Pasukan Projek Kreatif Mencipta Produk Baru Cara Jepun Mengizinkan Pembaziran Menerima Pembaharuan Mengiktiraf Kejayaan Pangkat Kreatif Sistem TQC Sistem KANBAN Mencuba Perkara Mustahil Inovasi yang Gagal Menjual Idea Baru Cara Jepun Pengurusan Evolusi Meniru secara Kreatif Teknik Meniru Cara Jepun Mengutip Idea Mencipta Pengetahuan Cara Jepun
Bahagian : 2 Mencipta Inovasi Kisah Seorang Inventor Sejarah Sebuah Invensyen Idea, Inovasi dan Teknologi Inovasi Teknikal Inovasi Tanpa Teknologi Prinsip-prinsip Inovasi Panduan Mencipta Inovasi Produk Kreatif Ciri-ciri Reka Cipta Teknikal Utamakan Pembeli Keperluan Pembeli
Bahagian 4: Harta Kreatif Idea sebagai Harta Menilai Idea Baru Menentang Pembaharuan Menolak Perubahan Prejudis Membunuh Idea Baru Menyelamatkan Idea Baru
Bahagian 5: Mengurus Kreativiti Mengurus Daya Kreativiti Mengurus Individu Kreatif Kepercayaan dan Kreativiti Mendengar Bantahan
Bahagian 6: Risiko dan Kesilapan Mengelakkan Risiko Menilai Kesilapan Tidak Sengaja
Bahagian 7 : Peribadi Kreatif Orang Paling Pintar Bakat Kreativiti Personaliti dan Kreativiti Mengukur Bakat Kreatif Pemikiran Konvergen Dan Divergen Kepintaran Praktikal Dan Kreativiti Imej Diri dan Kreativiti Ilmu dan Kreativiti Ilmu Formal Dan Kreativiti
Bahagian 8 : Epilog Kaya Ilmu Tetapi Miskin Idea Minda Asli Dan Kreativiti Mengekalkan Minda Asli Kreativiti Tokoh-tokoh Islam
|