Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Kerjaya Sebagai Pegawai Kastam Diraja Malaysia
Cinta Madinah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
A-Z Sulaman Manik
Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan
Tukcai
Antologi Kacak Jelita
>PTS Publications>Bantu Diri Remaja

Kenapa Perlu Bercinta?

Kenapa Perlu Bercinta?
Judul : Kenapa Perlu Bercinta?
Harga : RM14.90
Nombor siri : 3251211
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Kenapa Perlu Bercinta?
Pengarang : Robiah K. Hamzah
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Kategori : Remaja
Mukasurat : 224   halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9833372961

Cinta yang datang lambat selalu diiringi dengan kebahagiaan tetapi cinta yang pantas datangnya tidak akan mengenal cinta yang sesungguhnya.

-Inayah Khan-

Buku Kenapa Perlu Bercinta? ini memberi tumpuan pada pembentukan diri dari personaliti dan segi fizikal, mental dan emosi. Ini membolehkan kita memahami dan menghayati perwatakan remaja yang sebenarnya, bermula daripada perubahan fizikal, emosi, tingkah laku, mental dan seterusnya moral. Kesemua perubahan yang berlaku dan dialami diterima dalam bentuk suatu misteri dan menggoncang ketenteraman remaja untuk melangkah ke alam dewasa. Buku ini juga menyentuh dunia misteri menjadi gadis, yang terpaksa berhadapan dengan persoalan yang penting dalam hidup. Namun, hal itu dianggap tidak penting oleh ibu bapa, iaitu soal yang berkaitan dengan proses kedatangan haid tanda baligh yang melibatkan perubahan yang besar dalam diri dan di luar tubuh remaja.

Dalam bahagian pertama didedahkan gejala yang sentiasa memburu ketenteraman dan kesihatan remaja daripada segi mental dan fizikal. Di samping itu, dibekalkan juga cara untuk mengatasi masalah supaya remaja tidak terus terbelenggu dalam kemelut masalah itu dan berputus asa mahu meneruskan kehidupan sebagai remaja yang bahagia.
Cinta dan dunia remaja ibarat semut dengan gula; semut sanggup mati kerana gula. Oleh itu, dalam bahagian seterusnya pengarang mengupas persoalan cinta daripada segi konsep dan peranan cinta dalam kehidupan remaja melalui tajuk-tajuk konsep cinta sebenar, cabang-cabang cinta dan bahasa cinta. Kemudian huraian ini dimantapkan lagi dengan memberi panduan cara membina cinta yang unggul kepada manusia dan cinta kepada Tuhan. Dipaparkan juga konflik yang akan dialami oleh remaja dalam dunia percintaan, dengan harapan remaja dapat bersedia dan lebih teliti serta matang dalam dunia percintaan yang diterokai.

Bahagian ketiga buku ini membincangkan isu-isu yang berkaitan secara langsung dengan hasil daripada babak-babak percintaan yang perlu direalisasikan oleh remaja untuk terus menjejakkan kaki ke alam dewasa. Biasanya isu cinta dikaitkan dengan remaja dan isu seks dan perkahwinan dihubungkan dengan orang dewasa, sedangkan yang terlibat adalah remaja itu sendiri. Pemisahan tentang isu ini menyebabkan remaja kurang jelas akan matlamat cinta yang sebenarnya dan bagaimana matlamat itu dikaitkan dengan persoalan seks dan perkahwinan.

Huraian yang mudah dan jelas ini dapat memandu remaja untuk memilih bentuk cinta dan mengharung dunia cinta dan dunia berumah tangga dengan yakin dan menghayati setiap tindakannya apabila tiba masanya nanti. Persoalan cinta, seks dan perkahwinan yang didedahkan bukan bertujuan untuk mendorong remaja untuk cepat berkahwin, tetapi adalah sebagai persediaan dan prasyarat yang perlu difahami dan dihayati sebelum mereka meneroka alam percintaan dan seterusnya berjanji seia sekata untuk hidup bersama-sama dalam gerbang perkahwinan yang suci.

Disediakan juga isu yang kurang dibincangkan secara terbuka iaitu pendidikan seks untuk remaja dan sumbangannya dalam kehidupan selaku seorang remaja yang akan bekerjaya dan berumah tangga. Kesemua pengetahuan ini akan dapat membantu setiap individu membina perkahwinan yang bahagia dan seterusnya dapat mencuba panduan yang disediakan tentang cara memanjangkan usia sebuah perkahwinan yang dibina.

Isu cinta, seks dan perkahwinan dianggap bukan bahan perbincangan yang serius bagi remaja. Sesungguhnya anggapan itu patutnya sudah lama dihapuskan. Ini kerana remaja amat perlu dibekalkan pengetahuan yang dapat dijadikan sebagai persediaan awal supaya dapat memainkan peranan dengan lebih yakin, serius dan dedikasi dalam mengharung dunia kehidupan. Dengan bantuan ini diharapkan cabaran Wawasan 2020 untuk melahirkan keluarga penyayang bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang akan menjadi kenyataan.

Kandungan

BAHAGIAN 1 : Menyelami Alam Remaja
1 Alam Remaja
2 Mengenali Rahsia Tubuh Remaja
3 Keistimewaan Menjadi Gadis Remaja
4 Cabaran dan Pahit Manis dalam Alam Remaja
5 Perbezaan Umum antara Remaja Lelaki
dengan Remaja Perempuan

BAHAGIAN 2 : Cabaran Terhadap Remaja
6 Remaja dan Rokok
7 Penyelewengan Tingkah Laku Seksual
8 Kegagalan Mengendalikan Keseimbangan
Fizikal, Emosi, Mental dan Sosial

BAHAGIAN 3 : Mendalami Konsep Cinta
9 Cinta
10 Cinta dalam Kehidupan Remaja
11 Cabang-cabang Cinta

BAHAGIAN 4 : Perhubungan Cinta Suci
12 Ungkapan Cinta
13 Cinta dan Kebendaan
14 Konflik dalam Percintaan
15 Cinta pada Tuhan

BAHAGIAN 5 : Alam Percintaan dan Perkahwinan
16 Ciri Pasangan
17 Temu Janji Pertama yang Mengagumkan
18 Cinta dan Pertunangan
19 Cinta dan Perkahwinan 1

BAHAGIAN 6 : Pendidikan Seks
20 Perkahwinan Menyatukan Dua Personaliti
21 Memanjangkan Usia Perkahwinan

Lampiran 1
Bibliografi
Biodata Pengarang

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us