0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> ISMMA

Kepimpinan Adat Melayu Serumpun

Kepimpinan Adat Melayu Serumpun
Judul : Kepimpinan Adat Melayu Serumpun
Harga :
RM30.00
Nombor siri : 3041129
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Kepimpinan Adat Melayu Serumpun
Penyelenggara : Abdul Latif Abu Bakar
Penerbit : Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)
Genre : Budaya
Mukasurat : 260  halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9834176201

Buku ini memaparkan adat Melayu sebagai warisan adat yang sangat tinggi nilainya dalam warisan peradaban dunia. Tulisan Profesor Madya Zainal Abidin Borhan (Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya) dan Profesor Datuk Dr. Zainal Kling (Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya) dapat menjelaskan pengertian adat dalam konteks masyarakat Melayu Islam. Turut dimuatkan dalam buku ini ialah cabaran kepimpinan adat Melayu tulisan tokoh akademik dan adat berdasarkan pengalaman mereka di provinsi dan negeri masing-masing iaitu Profesor Madya Dr. Hanipah Hussin (Ketua Jabatan Ko-Kurikulum, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia), Bapak Tenas Effendy (Ketua Lembaga Kekerabatan Adat Melayu Riau), Dr. Mohd. Rosli Saludin (Jabatan Sastera. Universiti Pendidikan Sultan Idris), Sultan Tengku Luckman Sinar Basarsyah-II,  H. Hambali Hassan, SH dan Lembaga Adat Jambi. Dalam buku ini turut dimuatkan pengalaman dan amalan adat bersendi syarak dan kitabullah dibeberapa provinsi Indonesia yang ditulis oleh pemimpin adat dari Bahagian Adat Melayu Serumpun KALBAR, H. Badruzzaman, SH. M. HUM (Ketua MajlisAdat Acheh), Masri Habib Datuk Pandak dari Lembaga Adat Bukit Tinggi, Indonesia dan pengamalan adat di Kabupaten Rokan Hilir oleh H. Sudarno Mahyudin. Sebagai pelengkap, buku ini memaparkan tata cara adat pernikahan di Kabupaten Bungo, Jambi tu1isan Lemhaga Adat Kabupaten Bungo.

Buku ini terhasil daripada Pertemuan Pemimpin Adat Melayu Serumpun pada 2002 dan Seminar Pemimpin Adat Melayu Serumpun yang dianjurkan oleh ISMMA dan Biro Sosiobudaya Dunia Melayu Dunia Islam pada 29 hingga 30 September 2003. Ia sebagai panduan bangsa Melayu serumpun (yang merangkumi Dunia Melayu dan Dunia Islam) mengenali, memahami, memelihara dan memperkembangkan warisan adat Melayu serumpun di kalangan generasi muda, amnya warga Melayu serumpun. Memandangkan pemimpin adat adalah tonggak yang seharusnya memainkan peranan penting da1am menghidupkan institusi dan amalan adat ini, maka buku ini memberikan perhatian kepada peranan pemimpin dan pengalaman melaksanakan adat Melayu di beberapa provinsi dan negeri dijadikan contoh.

Kandungan

BAHAGIAN 1: WARISAN ADAT MELAYU
1. Adat Melayu dalam Warisan Peradaban Dunia - Zainal Abidin Borhan
2. Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullah-Ajaran Tamadun Melayu - Zainal Kling

BAHAGIAN 2: CABARAN KEPIMPINAN ADAT MELAYU
3. Adat Melayu Serumpun: Satu Refleksi terhadap Peranan Pemimpin Adat - Hanipah Hussin
4. Pemimpin dan Kepemimpinan dalam Budaya Melayu Riau - Tenas Effendy
5. Pentadbiran dan Adat Istiadat Pelantikan dalam Adat Perpatih - Mohd Rosli Saludin
6. Kepimpinan dan Masa Depan Sosiobudaya Melayu Menuju 2020 - Tengku Luckman Sinar Basarsyah-II
7. Pemimpin dan Kepemimpinan dalam Masyarakat Adat Sumatera Selatan - Hambali Hasan, S H
8. Pemimpin dan Kepemimpinan Adat Kabupaten Tanjung Jabung Barat (Jambi) - Lembaga Adat Jambi, Indonesia

BAHAGIAN 3: AMALAN ADAT MELAYU SERUMPUN
 9. Pemerintahan Terendah Daerah Autonomi (Tinjauan Filosofis, Sosialis dan Perundangan) - Albar S. Subari
10. Perkembangan Adat di Kalimantan Barat Bahagian - Adat Melayu Serumpun KALBAR
11. Pengalaman Memartabatkan Adat Aceh - Badruzzaman Ismail, SH
12. Pengamalan Adat Basendi Syarak, Syarak Basendi Kitabullah dalam Pembangunan Kota Bukittinggi - Masri Habib Datuk Pandak
13. Tata Cara Pernikahan Menurut Adat Kabupaten Bungo Provinsi Jambi - Lembaga Adat Kabupaten Bungo
14. Kepimpinan dan Amalan Adat di Kabupaten Rokan Hilir - Sudarno Mahyudin
15. Implementasi Kritis Falsafah Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullah di kalangan Masyarakat Majmuk Sumatera Barat - Saifullah S.A.