|
Judul : Kerjaya Sebagai Guru Pengarang : Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd Kategori : Pendidikan | Umum Mukasurat : 154 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 983337672x
Kerjaya sebagai guru adalah menyeronokkan. Kehebatan guru terserlah apabila disiplin diri diamalkan dengan konsisten. Bagaimana hendak menjadi guru? Panduannya ada di sini.
Bagi pelajar yang berminat dalam bidang perguruan dan memilih kerjaya ini untuk masa depan mereka, buku ini ada menerangkan syarat dan kelayakan serta pengkhususan secara terperinci. Ia juga membincangkan berkaitan tugas, sifat dan tanggungjawab, etika, disiplin guru dan hal-hal lain yang berkaitan peranan guru semasa di sekolah.
Buku Kerjaya Sebagai Guru adalah salah satu daripada siri buku kerjaya. Siri buku kerjaya ini membincangkan lebih lanjut berkenaan:
- Syarat dan kelayakan memohon kerjaya - Cara-cara Memohon - IPTA dan IPTS yang menawarkan kursus berkaitan - Bidang tugas kerjaya - Peluang kerjaya, faedah dan kelebihan - Badan dan organisasi berkaitan
Secara khususnya, maklumat yang terdapat di dalam buku ini dapat memberi suntikan semangat dan sumber inspirasi untuk semua pembaca di Malaysia bagi menceburi bidang perguruan. Ia juga berguna untuk pemahaman ibu bapa berkaitan kerjaya guru dan bidang ini dapat dijadikan pilihan untuk anak-anak mereka.
Kandungan
Bahagian 1 : Sejarah dan Pengenalan
Bab 1 : Kelebihan Memilih Kerjaya Guru Bab 2 : Sejarah Pendidikan Kebangsaan dan Negara Bab 3 : Ciri-ciri Kerjaya Bab 4 : Moto, Visi dan Misi
Bahagian 2 : Kelayakan dan Institusi Berkaitan
Bab 5 : Sifat dan Tanggungjawab Bakal Guru Bab 6 : Kelayakan dan Syarat Menjadi Guru Bab 7 : Institusi Perguruan
Bahagian 3 : Peluang Kerjaya
Bab 8 : Bidang Tugas dan Tanggungjawab
Bahagian 4 : Maklumat Tambahan
Bab 9 : Sejarah Hari Guru Bab 10 : Tokoh-tokoh Kerjaya
Bahagian 5 : Penutup
Bab 11 : Motivasi kepada Bakal Guru
Bibliografi
|