Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Merantau Ke Deli
Cinta Fansuri
Ayat-ayat Cinta
>Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Kosmologi Melayu

Kosmologi Melayu
Judul : Kosmologi Melayu
Harga : RM40.00
Nombor siri : 2941119
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Kosmologi Melayu
Penyelenggara : Yaakob Harun
Penerbit : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Genre : Budaya
Mukasurat : 523  halaman
Cetakan Pertama : 2001
ISBN : 9832085233

 Kosmologi adalah satu bidang ilmu tentang alam semesta (cosmos). Ilmu ini menumpukan perhatian kepada persoalan tentang asal usul kewujudan alam semesta, elemen-elemen yang terkandung di dalamnya, hubungan antara elemen-elemen tersebut, dan pelbagai perkara lain yang secara langsung atau secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan alam semesta. Ini termasuk tafsiran, pengucapan, penghayatan, perlambangan, dan manifestasi kosmologikal dalam masyarakat dan budaya.

 Makalah-makalah yang termuat dalam buku ini membincangkan pelbagai aspek kosmologikal dalam masyarakat pribumi (terutamanya masyarakat Melayu) di Alam Melayu. Aspek-aspek berkenaan termasuk: kepercayaan masyarakat di Alam Melayu tentang kejadian atau asal usul alam semesta dan unsur-unsur yang terkandung di dalarnnya; pengaruh luar dalam penafsiran, pengucapan, dan manitestasi kosmologikal dalam masyarakat Melayu; konsepsi masyarakat Melayu terhadap unsur-unsur alam, baik yang bercorak fizikal dan bukan fizikal; amalan dan juga penghayatan kosmologikal masyarakat Melayu yang diambil iktibar daripada alam semesta dan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya; penghasilan dan pengucapan kosmologikal berdasarkan interaksi masyarakat Melayu dengan alam dan unsur-unsur alam; manifestasi kosmologi dalam pelbagai aspek kemasyarakatan dan budaya Melayu; persoalan orang Melayu mengawal serta mengatur kehidupan di alam maya selaras dengan sistem nilai dan kepercayaan mereka; keselarasan pengucapan dan manifestasi kosmologikal Melayu dengan aspek-aspek saintifik moden berdasarkan pengalaman dan penghayatan empirikal masyarakat Melayu dengan alam semesta; dan kosmologi Melayu dalam era teknologi maklumat.

 Pada umumnya, sistem kepercayaan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat menjadi asas kepada tafsiran dan pemahaman anggota masyarakat tersebut tentang kewujudan serta asal usul alam semesta.

Kandungan

Pengenalan
1. Osman Bakar - Perspektif Kosmologi Tasawuf Dalam Pemikiran Kosmologi Melayu
2. Muhammad 'Uthman Ei-Muhammady - Kosmologi Pada Para Fuqaha & Ulama Sufiah Dalam Pemikiran Melayu
3. V. Braginsky - Sufi Boat Symbolism: Problems Of Origin And Evolution
4. S. Singaravelu - Kesan Kosmogoni & Kosmografi India Di Alam Melayu
5. Mohamed Yusoff Ismail - Elemen Siam & Budhis Dalam Sistem Kepercayaan Tradisional Orang Melayu Kelantan
6. Zainal Abidin Borhan - Jampi Pengasih: Pengucapan Kosmologikal Melayu
7. Norazit Selat - Manifestasi Kosmologi Dalam Hukum Adat Perpatih
8. Darwis A. Soelaiman - Manifestasi Kosmologi Dalam Adat Aceh
9. Hood Salleh - Kosmologi Lama Dan Kosmologi Baru: Beberapa Kaitan Teoretis
10. Juli Edo Kosmologi - Orang Asli: Satu Pemerihalan Tentang Perjalanan Roh
11. Saif @ Shaiffuddin Hj. Daud - Kosmologi Tradisional Orang Dusun/Kadazan
12. Clifford Sather - The Iban Longhouse As A Ritual And Symbolic Microcosm
13. Zainal Kling - Ruang Sosial Masyarakat Melayu
14. Asmah Haji Omar - Konsep Masa Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
15. Hashim Bin Musa - Falsafah Pengajian & Pendidikan Bahasa Kini
16. Sanat Md. Nasir - Laras Bahasa Penoreh Getah
17. Nik Safiah Karim - Unsur Kepersisan Dalam Bahasa Melayu Lama
18. T.A. Ridwan - Bahasa Melayu: Peranan & Nilai-Nilai Moralisme Di Dalamnya
19. Amat Juhari Moain - Nilai Rasa Dalam Bahasa Melayu
20. Zubiersyah M. Hasim - Dinamika Ungkapan Dalam Kosmologi Melayu
21. A. Wahab Ali - Dari Alam Kudus Ke Alam Cereka: Kosmologi Dalam Sastera Melayu
22. Mohamed Ghouse Nasuruddin - Kosmologi Dalam Persembahan Tradisi Melayu
23. Othman Yatim - Manifestasi Kosmologi Dalam Seni Halus Melayu
24. Mohd Anis Md Nor - Kosmologi Dalam Seni Persembahan Melayu
25. Hashim Yaacob - Shadow Puppet Play In Malay Cosmology And Vice Versa
26. Rahmah Bujang - Mitos Keperwiraan Dalam Citra Kosmos Melayu
27. Mahadzir Mohd Khir - Budaya Politik Baru Melayu
28. Hussain Mohamed - Manifestasi Kosmologi Dalam Bidang Politik
29. Mohamad Abu Bakar - Kosmologi Melayu & Kebangkitan Semula Islam
30. Yaacob Harun - Kosmologi Dalam Organisasi Kekeluargaan Melayu
31. Ithnin Abdul Jalil - Pemikiran Saintifik Orang Melayu Melalui Peribahasa
32. Azizan Baharuddin - Orang Melayu & Kosmologi Saintifik
33. Hairudin b. Harun - Weltanschauung Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat
34. Wan Abdul Kadir - Imej Melayu Dalam Masyarakat Melayu Tradisional

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us