Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Cinta Fansuri
Terusir
Advencer Si Peniup Ney
Laskar Pelangi
Parameswara Pengasas Empayar Melaka
Tunggu Teduh Dulu-FaisalTehrani
Sulaman Benang & Manik Labuci
Rejimen Askar Melayu Diraja 1933-1968
Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-Warkah Melayu Lama
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
>UPSI

Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan

Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan
Judul : Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan
Harga : RM25.00
Nombor siri : 3441118
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan
Pengarang : Abdul Hamid Mahmood
Penerbit : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Genre : Bahasa
Mukasurat : 167? halaman
Cetakan Pertama : 2004
ISBN : 9832620341

Buku kecil ini diberikan judul Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan kerana buku ini membicarakan perihal khusus mengenai cara menguasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Buku ini ditulis dengan cermat lagi teliti dengan disediakan beberapa latihan khusus untuk para pegawai profesional dan pelajar berlatih, bertujuan membantu mereka menguasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Sejak akhir-akhir ini terdapat kesalahan ejaan pada laporan, surat pekeliling, minit mesyuarat, dan bentuk-bentuk tulisan lain, yang agak menonjol akibat daripada pegawai-pegawai profesional, baik dalam sektor awam mahupun dalam sektor swasta belum dapat menguasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Begitu juga dalam kalangan pelajar yang mengambil peperiksaan, baik peringkat Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) turut melakukan kesalahan-kesalahan ejaan dalam karangan dan kertas jawapan mereka, yang sepatutnya tidak berlaku. Malah, penyakit tidak mengeja dengan betul ini telah merebak hingga ke menara gading dan institusi-institusi pengajian tinggi. Kesalahan bahasa juga turut berlaku pada papan-papan tanda dan iklan-iklan perniagaan. Beberapa kajian dan pengamatan menunjukkan bahawa kesalahan dan kesilapan itu berlaku disebabkan para pegawai dan pelajar sekalian masih belum memahami cara-cara mengeja yang terbaharu mengikut Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu seperti yang telah dipersetujui bersama antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1972. Para pegawai dan pelajar masih menggunakan sistem ejaan lama, iaitu Ejaan Sekolah atau Ejaan Za'ba.

Ada dalam kalangan mereka yang tidak menyedari perubahan sistem ejaan ini, dan ramai pula yang tidak dapat menguasainya, kerana kurang faham tentang perubahan baharu dan cara-cara mengeja yang baharu dalam sistem pengejaan yang telah dipersetujui antara Malaysia dengan Indonesia itu.

Atas tujuan membantu, memperbaik dan mengatasi masalah pengejaan ini, maka pengrang telah merangka dan menulis buku ini dengan cara terancang dan cukup teliti bagi membolehkan para pegawai dan pelajar sekalian menulis laporan, menulis minit mesyuarat, surat pekeliling, surat- surat lain, menyediakan papan tanda, iklan perniagaan dan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan betul dan sempurna tanpa melakukan kesalahan ejaan.

Buku ini mengandungi 12 bab yang disusun secara terancang dan mudah difahami. Banyak latihan disediakan bagi para pegawai dan pelajar berlatih dan menguasai ejaan. Bab 1 merupakan bab pengenalan umum yang membicarakan Sejarah Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Bab 2 memulakan pembicaraan awal tentang Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Bab ini membicarakan jenis-jenis huruf yang digunakan dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Bab 3 menerangkan sistem Keselarasan Huruf Vokal, iaitu bagaimana huruf-huruf vokal itu diselaraskan dan digunakan dengan teratur dalam ejaan bahasa Melayu. Bab 4 memuatkan Kesalahan Pengejaan Kata disertakan dengan contoh-contoh kesalahan pengejaan yang lazim berlaku dalam kalangan penggunaan bahasa. Bab ini juga memberikan contoh-contoh ejaan yang betul bagi setiap pengejaan yang salah itu. Bab 5, iaitu bab tentang Ejaan Kata Pinjaman Yang Disesuaikan turut menerangkan cara-cara mengeja kata-kata pinjaman dan bagaimana huruf-huruf disesuaikan dalam pengejaan kata pinjaman. Bab 6 memberikan cara-cara menggunakan tanda sempang, dan Bab 7 menerangkan penulisan imbuhan pinjaman. Bab 8 membicarakan penulisan rangkai kata bahasa Melayu, dan Bab 9 pula menerangkan cara-cara menulis kata majmuk, iaitu satu bidang yang banyak berlaku kesalahan pengejaan. Bab ini menerangkan cara mengeja kata majmuk dengan teratur dan mudah bagi membolehkan para pegawai dan pelajar memahami dan menggunakannya dengan sempurna.

Dalam Bab 10 disediakan dengan secukupnya latihan-latihan dan ujian-ujian untuk membiasakan para pengguna buku ini dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang baharu ini. Dalam Bab 11 disertakan Panduan Ejaan bagi membantu para pengguna menguasai Sistem Ejaan Bahasa Melayu terkini dengan cepat. Panduan Ejaan yang disediakan, mengandungi senarai perkataan yang selalu dan kerap tersalah eja dalam kalangan pegawai dan pelajar.Dalam Bab 12 disediakan Senarai Ejaan Betul dan Ejaan Salah sebagai panduan dan rujukan kepada para pengguna bahasa Melayu.

Kandungan

Bab 1: Sejarah Sistem Ejaan Bahasa Melayu
Bab 2: Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu
Bab 3: Sistem Keselarasan Huruf Vokal
Bab 4: Kesalahan Pengejaan Kata
Bab 5: Ejaan Kata Pinjaman
Bab 6: Penggunaan Tanda Sempang
Bab 7: Penulisan Imbuhan Pinjaman
Bab 8: Rangkai Kata
Bab 9: Kata Majmuk
Bab 10: Latihan dan Ujian
Bab 11: Panduan Ejaan
Bab 12: Senarai Ejaan Betul dan Ejaan Salah

Rujukan
Bahagian Jawapan

?

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us