|
Judul : Laskar Pelangi Pengarang : Andrea Hirata Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd Kategori : Sastera & Fiksyen Mukasurat : 464 halaman Cetakan Pertama : 2007 ISBN : 9833892000
Sebuah kisah keajaiban masa kecil 11 anggota Laskar Pelangi yang luar biasa dan menghiburkan. Pengembaraan anak-anak Melayu Belitong yang menyentuh dan sukar dilupakan. Kecintaan terhadap pendidikan, keunggulan nilai persahabatan dalam menempuh kesukaran hidup dan kemurnian prinsip menghiasi perjalanan Laskar Pelangi. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magic of childhood memories, dan untuk mereka yang masih percaya akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.
Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman para anggota Laskar Pelangi masih kecil. Sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka. Lintang, si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang alik sejauh 20 kilometer untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hanya sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah. Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa untuk biaya keluarganya adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan sahabat-sahabatnya. Tetapi dia berjaya mengangkat darjat sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Begitu juga kisah sembilan orang Laskar Pelangi lain yang bersemangat dalam menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.
Novel ini menyelami kejujuran pemikiran, dan indahnya pengembaraan mereka. Anda akan tertawa, menangis dan tersentuh menghayati gelagat mereka. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magic of childhood memories, dan untuk mereka yang masih percaya akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.
Kandungan
Bab 1 Sepuluh Murid Baru Bab 2 Antediluvium Bab 3 Inisiasi Bab 4 Perempuan-perempuan Perkasa Bab 5 The Tower of Babel Bab 6 Gedong Bab 7 Zoom Out Bab 8 Center of Excellence Bab 9 Penyakit Gila No.5 Bab 10 Bodenga
Bab 11 Langit Ketujuh Bab 12 Mahar Bab 13 Jam Tangan Plastik Murahan Bab 14 Laskar Pelangi dan Orang Sawang Bab 15 Euforia Musim Hujan Bab 16 Puisi Syurga dan Kawanan Burung Pelintang Pulau Bab 17 Ada Cinta di Kedai Runcit Itu Bab 18 Moran Bab 19 Sebuah Kejahatan Terencana Bab 20 Miang Sui
Bab 21 Rindu Bab 22 Early Morning Blue Bab 23 Billitonait Bab 24 Tuk Bayan Tula Bab 25 Rencana B Bab 26 Be There or Be Damned! Bab 27 Detik-detik Kebenaran Bab 28 Societeit De Limpai Bab 29 Pulau Lanun Bab 30 Elvis Has Left the Building
Bab 31 Zaal Batu Bab 32 Agnostik Bab 33 Anakronisme Bab 34 Gotik
Glosari
|