|
Judul : Lorong Wahyu - 33 Puisi Tanah Suci Pengarang : Isa Kamari Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Genre : Kumpulan Puisi Mukasurat : 76 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9832334798
Lorong Wahyu merupakan kumpulan kedua puisi mistik dan kerohanian dalam siri puisi tanah suci. Kumpulan pertama ialah Ka'bah dan kumpulan ketiga ialah Cinta Arafah
Penulis : Isa Kamari - Penerima S.E.A Write Award 2006
Konsep Puisi Ka'bah, Lorong Wahyu dan Cinta Arafah merupakan kembara kerohanian Isa Kamari. Kehalusan tanggapan Isa Kamari terhadap realiti di tanah suci melewati dindingan alam nyata dan memasuki alam kerohanian yang penuh mistik. Bait-bait puisinya yang halus dan lembut memberi makna yang menyentuh jiwa. Tentu sekali puisi-puisi Isa Kamari ini akan memberi kesedaran yang lebih mendalam terhadap ibadah Haji dan Umrah.
Konsep Album 3 Lagu dalam album yang diserta bersama buku ini berasaskan puisi Lorong Wahyu, Kristal Gula dan Raudhah. Lagu-lagu tersebut dicipta dalam tradisi SOUTI SARMAD iaitu genre muzik sufi yang bernafaskan zikir dan cinta dengan sentuhan dan getaran muzik dunia. 5 Puisi juga dideklamasikan untuk memaparkan kepelbagaian cara menghayati puisi.
|