|
Judul : Maaf Dari Sorga Pengarang : Faisal Tehrani Penerbit : Zebra Editions Sdn Bhd Genre : Novel Remaja Mukasurat : 107 halaman Cetakan Pertama : 2003
Rumah nombor 33 menyimpan pelbagai misteri. Ia malah dianggap berhantu dan diselaputi nasib malang sehinggalah Hakiki seorang pegawai bank berfikiran liberal duduk menginap di sini bersama isterinya Sarah, berbangsa Australia. Pelbagai peristiwa aneh melingkari persekitaran Sarah dan Hakiki setelah itu. Gangguan menakutkan dari bayangan-bayangan seram, kunjungan kerap jiran mereka Wan Adlin, kematian tiba-tiba Pak Idi dan kekeruhan hubungan rumahtangga diberi perlambangan yang kuat menerusi Sarah yang terperangkap dalam taufan ganas di tengah Sydney. Apakah dosa Hakiki yang disembunyikan sekian lama sehingga datang imejan aneh hampir-hampir mengorbankan Sarah. Apakah kemaafan yang bakal hadir dari sorga untuk mereka.
|