|
Judul : Manuskrip Luka Bangsa Penyelenggara : Rahimidin Zahari, Shamsudin Othman, Penerbit : Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Genre : Antologi Puisi Mukasurat : 90 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9834257848
Sempena Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional 2006, yang berlangsung di Port Dickson Negeri Sembilan pada 4 hingga 6 Ogos 2006, Persatuan Penulisan Nasional Malaysia (PENA) mengambil inisiatif mengumpulkan sejumlah karya yang dihasilkan oleh para penyair tanah air. Karya puisi yang dikumpulkan di dalam Manuskrip Luka Bangsa ini mengambil tema mengenai kebahasaan sebagai mauduknya yang utama. Tema ini dipilih selaras dengan seminar Persuratan dan Peradaban itu sendiri. Puisi-puisi yang dimuatkan terdiri daripada puisi-puisi baru yang dicipta dari tahun 2000 hingga 2006 demi menggambarkan bahawa semarak cinta bahasa itu tidak pernah pudar.
Selepas Keranda 152 (1968) dan Sumpah Setia Bahasa (1999), Manuskrip Luka Bangsa (2006) adalah kesinambungan cinta sejati sekelompok seniman penyair kepada bahasa ibundanya. Kumpulan puisi ini mengumpulkan sejumlah 73 buah puisi yang dihasilkan oleh 58 orang penyair tanah air. Apa pun tanggapan atau pun pandangan, kumpulan ini adalah satu gerakan yang menggabungkan sejumlah penyair veteran dan muda tanah air yang berasa terpanggil untuk menyatakan keputihan cinta mereka kepada bahasa ibundanya.
Kandungan A. Aziz Deraman Adalah Bahasa Abdul Hadi Yusoff Arus Bahasa Abdullah Shuib Penyair Yang Diam
Abizai Bahasaku Menangis
A. Hamid Jemain Bahasa Pendeta Ahmad Razali Berjalan ke dalam Kata Menagih Janji dari Sebuah Akta Ahmad Sarju Dirgahayu Bahasaku Bahasa Pejuang
Amiruddin Ali Pusaka Warisan
Arbak Othman Nadi dan Jiwa Arif Mohammad Langkah Terakhir Seorang Pejuang Kecil A.Samad Said Suara dari Dinding Madrasah Amirul Fakir Titah Bahasa
Awang Sariyan Hakikat Bahasa Baha Zain Melayu Kolaj Gerakan Modern II: Struktur Alternatif Bahasa Maruah Bangsa
Borhan Md. Zin Pohon Bahasa
Darma Mohammad Di Kaki Gunung Ledang Di Kubur Pak Pandir
Dinsman Apakah Yang Ku Cari Pada Puisi? Ghazali Lateh Bahasaku
Hasyuda Abadi Jangan Biarkan Pijar Kilau Keris Ibrahim Ghaffar Titian: Kedaulatan Jiwa Bonda Ihsan Noorzali Bahasa Kecintaan Kita
Ismas Saring Bahasa Jiwa Bangsa
Jasni Matlani Hujan Salji Serpihan Kata
Julius Mokujal Bahasa Perkasa
Lim Kim Hui Aduhai Bahasaku, Aduhai Bangsaku! M. Arif Rumpun Bahasa Mahaya Mohd Yassin Penggerak Hikmah Marsli NO Hutang Sejarah Bahasa Sejarah Mazian Noor Setanggi Nurani
Mohamad Kholid Hamzah Anak Muda Berjulung Tekad
Mohd Amran Daud Di Perpustakaan Menjelang Petang
Muhamad Ikram Fadhly Hussin Bukan Tempatmu di Sini
Muhammad Lutfi Ishak Marsum Duka Bangsa Bahasaku, Sepasang Sayap Hud-hud
Naapie Mat Mantera untuk Ibu Kandung Bahasa, Citra Bangsa
Nassury Ibrahim Masyarakat Kitul Anak Merdeka Bukit Bahasa
Nasriah Abdul Salam Deklarasi Generasi Munsyi
Nimoiz TY Setanggi Bahasa Serau Tinta, Semerbak Setanggi
Nisah Haji Haron Fatamorgana Nadim - Za'ba
Poul Nanggang Bahasaku Bahasa Melayu
Rahimidin Zahari Berdiri di Hadapan Menara Dewan Bahasa Tanpa Judul
Raja Rajeswari Seetha Raman Pohon Bahasa Perkasa
Rasanubari Asmaramah Bahasa Kita
Ridzuan Harun Kabus dari Serdang
Ria Asmira Jangan Bunuh Bahasaku
Rusdi Abd. Rahman Suara Juara
Sabar Bohari Perjuangan Kita
Sahrunizam Abdul Talib Mereka yang di Hadapan Kita
Saifullizan Yahaya Sebab Tanah Sebelulang
Shamsuddin Jaafar Sikap Kita
Shamsudin Othman Lewat Musim Bersemi Sengsara Munajat Perkasihan
Shukri Abdullah Mangsa Keris Puaka Manuskrip Luka Bangsa
Sudirman U Perawan Bahasa
Sutung Umar RS Si Algojo Itu
T. Alias Taib Pasar Bahasa
Zaen Kasturi Tatkala Kita Tertawa, Siapa yang Menangis di Sebelah, di Belakang, dan di Hadapan Kita?
Zahari Hasib Permainan Bahasa
Zaifulnizam Wagiran Membaca Merdeka
Mohammad Saleeh Rahamad Mahkota Tergadai
Kemala Ah, Lukamu yang Kuraba Bunga Retorika
|