|
Judul : Masuk Barisan Penyelenggara : Jigo, Attokz dan Basri Penerbit : Mak Itam Network Enterprise Genre : Blook Mukasurat : 200 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9834273436
"Geng Jurnal kembali mempersembahkan projek-cabut-palam bagi membakar tangan-tangan yang masih segan untuk berkenalan dengan tetikus dan papan kekunci.
MASUK BARISAN bukanlah buku propaganda politik tetapi adalah blook yang menghimpunkan entri-entri terpilih lebih daripada 20 penulis blog tempatan. Dilonjakkan oleh kejayaan luar jangkaan blook JIWA KACAU, MASUK BARISAN sekali lagi menyusuri kehidupan yang tentunya tidak selalu manis, wangi dan berangin bak daun pudina.
Seperti juga JIWA KACAU, MASUK BARISAN mengekalkan kepelbagaian rasa masin masam manis pahit payau untuk digigit, dikunyah, diratah, ditelan dan dihadam bagi memenuhi selera segenap lapisan masyarakat." - Jigo Morisson
|