|
Judul : Melaka Pusat Peyebaran Islam Di Nusantara Pengarang : Mohd Jamil Mukmin Penerbit : Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Genre : Sejarah Mukasurat : 270 halaman Cetakan Kedua : 2004 ISBN : 98326008x
Kulit Keras
Penulis memfokuskan kepada tajuk Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara ini untuk menyingkap secara menyeluruh dan mendalam tentang peranan yang dimainkan oleh Melaka dalam mengembangkan agama Islam di dunia sebelah sini yang dilihat adalah amat memberansangkan. Memang tidak dapat menafikan bahawa sebelum Empayar Melaka muncul kerajaan Samudera-Pasai (1280- 1400M) adalah pusat penyebaran Islam. Selepas Melaka pula Acheh (l511-1620M), diikuti pula Pattani (1564-1782M), Johor-Riau (1650- 1800M) , Brunei, Demak dan Mindanao telah memainkan peranan penting di dalam penyebaran Islam ini. Walaubagaimanapun peranan yang dimainkan oleh Melaka adalah berbeza dalam banyak perkara dan begitu menonjol jika dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan tersebut. Dalam zaman keagungannya, Melaka telah menjadi pusat perdagangan bukan sahaja di Nusantara tetapi juga di rantau yang lebih luas lagi. Hubungan perdagangan Melaka meliputi negara-negara Arab, Parsi, India dan Afrika di sebelah barat; manakala Farmosa, China serta Jepun di sebelah timur. Dalam masa yang sama pula, Melaka telah memainkan peranannya menyebarkan agama Islam bukan sahaja di Nusantara tetapi juga dengan negara-negara yang ada kaitan dan mempunyai hubungan dagangan dengannya seperti di atas.
Kandungan
1. Nusantara Sebelum Kedatangan Islam 2. Kedatangan Islam Ke Nusantara 3. Kesultanan Melayu Melaka 4. Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam Di Tanah Melayu 5. Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam Dl Wilayah-Wilayah Lain Di Nusantara 6. Melaka Sebagai Pusat Ilmu Pengetahuan Islam 7. Pengaruh Islam Dalam Sistem Perundangan Melaka 8. Pembaharuan Yang Dibawa Oleh Islam Dl Melaka Dan Wilayah-Wilayah Lain Di Nusantara 9. Kedudukan Islam Di Malaysia Dalam Abad Ke-20 Dan Awal Abad Ke-21 10. Kemajuan Islam Di Melaka Hari Ini
|