|
Judul : Memartabatkan Persuratan Melayu Penyelenggara : PENA Penerbit : PENA Genre : Dokumentasi Mukasurat : 72 halaman Cetakan Pertama : 2005
Buku ini memuatkan Ucap Utama Baha Zain (Dato' Baharuddin Zainal), Timbalan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) berserta kertas bahasannya oleh Mohamad Saleeh Rahamad dan Prof. Madya Zainal Abidin Borhan yang disampaikan pada Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005. Majlis tersebut yang berlangsung di Kukup Golf Resort dan Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor pada 3-6 Jun 2005 menghimpunkan kira-kira 300 penulis muda dari seluruh negara. Dengan terbitnya buku ini dapatlah idea dan semangat yang diucapkan dalam majlis tersebut ditatap oleh orang lain secara lebih meluas. Semoga dengan itu, manfaatnya, jika ada, dapat dikongsi bersama, dan jika pandangan yang tidak secocok dengan jalan fikiran pihak lain, dapat pula pertentangan itu dibahaskan. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai kesepakatan dalam mencari jalan untuk membina peradaban bangsa yang terhormat.
|