|
Judul : Membimbing Remaja Memilih Pendidikan dan Kerjaya Pengarang : Hairunnaja Najmuddin Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd Genre :? Pendidikan | Kaunseling Mukasurat : 225? halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 983376800
Buku ini menghuraikan teori-teori pemilihan kerjaya, menjelaskan penggunaan alat ukuran psikologi bagi mengukur personaliti dan minat serta menerangkan langkah-langkah praktikal membimbing remaja memilih pendidikan dan kerjaya.
Buku ini ditulis dengan harapan dapat membantu para ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor ataupun sesiapa sahaja yang bertanggungjawab membimbing para pelajar yang muda mahupun golongan remaja membuat pilihan yang tepat bagi pendidikan mahupun kerjaya masa depan mereka.
Di sepanjang penulis bertugas sebagai kaunselor di UIAM, penulis kerap kali berdepan dengan pelajar-pelajar yang berasa ragu-ragu dengan pilihan pengajiannya, yang tidak tahu peluang kerjaya masa depannya, yang berhasrat menukar kursus pengajian ataupun yang berkira-kira hendak meninggalkan terus pengajiannya disebabkan hilang minat untuk belajar dan banyak lagi kerenah lain.
Penulis berminat menulis tajuk ini berdasarkan kepada pengalaman mengendalikan perkhidmatan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar di universiti tempat penulis bekerja dan penglibatan penulis dalam program berkaitan penerokaan kerjaya. Penulis juga mempunyai sedikit pengetahuan dan pengalaman mengendalikan beberapa alat ujian psikologi yang berkaitan dengan kerjaya dan memahami teori-teori berkaitan kerjaya yang dipelajari sewaktu belajar di peringkat Master Sains (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Penulis percaya, pengetahuan dan pengalaman yang tidak seberapa itu dapat dimanfaatkan oleh para pembaca jika penulis dapat menulis dan menyusunnya semula dalam sebuah buku yang menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan menarik.
Kandungan
1 Dunia Pendidikan dan Kerjaya 2 Masalah Remaja dalam Memilih Bidang Pendidikan dan Kerjaya 3 Senario Remaja yang Keliru dengan Pilihan Pendidikannya 4 Keperluan Merancang Pendidikan dan Kerjaya 5 Tanggungjawab Membimbing Remaja 6 Teori-teori Berkaitan Kerjaya 7 Teori Trait dan Faktor 8 Teori Pemilihan Kerjaya Holland 9 Teori Pemilihan Kerjaya Anne Roe 10 Teori Psikoanalitik Bordin 11 Kelebihan Teori Pemilihan Kerjaya Holland 12 Konsep Pengujian dan Pengukuran dalam Bimbingan dan Kaunseling 13 Penggunaan Ujian Psikologi dalam Bimbingan Kerjaya 14 Langkah-langkah Praktikal dalam Memilih Pendidikan dan Kerjaya 15 Mengenali Diri Sendiri 16 Mengenali Dunia Pendidikan dan Kerjaya 17 Jenis Personaliti, Bidang Pendidikan dan Kerjaya 18 Memahami Cara Membuat Keputusan yang Betul 19 Membuat Keputusan Pilihan Pendidikan dan Kerjaya 20 Merancang Pelan Tindakan Pendidikan dan Kerjaya 21 Cara Membimbing Remaja Membuat Keputusan Kerjaya 22 Memupuk Kesedaran Merancang Kerjaya kepada Remaja 23 Mengenal Pasti Tempat Kerja yang Disukai 24 Apa yang Sebenarnya Dicari dalam Kerjaya? 25 Pesanan untuk Para Remaja 26 Saranan kepada Para Pembaca
Rujukan
|