|
Judul : Memetik Mawar Pengarang : Lim Swee Tin Penerbit : Citra Kurnia Enterprise Genre : Kumpulan Sajak Remaja Mukasurat : 89 halaman Cetakan Pertama : 2003
Kumpulan sajak Memetik Mawar ini mengambil pelbagai sisi dari kehidupan masyarakat setempat dan luar negara , diri dan orang lain, alam dan segala isinya untuk menjadi tatapan remaja. Mengandungi idea yang membantu remaja merasakan bahawa kehidupan ini sebenarnya indah dan amat bererti. Gambaran murung dalam sajak-sajak ini diubah semula kepada acuan lain yang jauh lebih positif. Pembaca akan menemui elemen positifnya untuk dijadikan renungan, pengalaman dan penilaian kendiri. Kumpulan sajak ini akan memberi pengalaman baru yang lebih pelbagai dalam menghadapai hari-hari dewasa.
Burung dan sangkar Sesekali mengingatkan kita Perumpamaan silam Peri mahalnya sebuah kebebasan Demi alam yang luas ini Serahkan kembali burung itu Kepada ruang bebas!
|