Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Kerjaya Sebagai Pegawai Kastam Diraja Malaysia
Cinta Madinah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
A-Z Sulaman Manik
Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan
Tukcai
Antologi Kacak Jelita
>PTS Publications>Bantu Diri Remaja

Memimpin ataupun Terpimpin

Memimpin ataupun Terpimpin
Judul : Memimpin ataupun Terpimpin
Harga : RM14.90
Nombor siri : 3251192
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Memimpin ataupun Terpimpin
Pengarang : Robiah K. Hamzah
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Kategori : Remaja | Bantu Diri
Mukasurat : 219  halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9833603076

Tip Menjadi Pemimpin Berkredibiliti

Organisasi yang tiada pimpinan utuh ataupun kelompok yang tiada pemimpin umpama tubuh tanpa kepala, yang mudah menjadi sesat, panik dan kacau bilau. Sebahagian besar manusia memerlukan pimpinan. Kepimpinan adalah salah satu ciri sebuah organisasi. Organisasi adalah suatu kelompok orang yang sedang bekerja bersama-sama ke arah tujuan yang sama di bawah satu kepimpinan. Antara kelompok-kelompok masyarakat yang perlu wujud adalah kelompok organisasi remaja kerana mereka akan menjadi belia yang seterusnya akan menjadi dewasa, iaitu mengambil alih pentadbiran negara dan menikmati hasil wawasan negara.

Kelompok yang maju, baik dan prihatin akan berusaha membentuk masyarakat yang berkualiti tinggi. Menyedari betapa pentingnya golongan remaja dibimbing dan diperkayakan dengan ilmu dan pengalaman pemimpin, penulis terdorong untuk menyentuh soal ini dalam bentuk yang mampu difahami oleh semua golongan masyarakat.

Buku Memimpin ataupun Terpimpin ini mengemukakan panduan dan bimbingan yang asas kepada golongan remaja khususnya dan semua anggota masyarakat umumnya yang berminat dan terlibat dalam persatuan di peringkat jawatan, kementerian ataupun pertubuhan sukarela di peringkat kawasan, zon dan cawangan di tempat tinggal mereka.
Untuk itu, bahagian 1 mengupas konsep kepimpinan dan kepemimpinan dalam organisasi atau persatuan dan diikuti dengan huraian konsep persatuan atau organisasi. Maklumat ini diharapkan dapat merangsang individu untuk cuba memahami dan mengamalkan pengetahuan ini secara amali di peringkat mereka sendiri, secara kecil-kecilan, bermula daripada bentuk tidak formal ke bentuk formal, bermula dengan aktiviti kecil-kecilan sehingga ke bentuk projek korporat suatu hari nanti, dengan izin Tuhan.

Selepas memahami konsep utama, kepemimpinan, kepimpinan, pemimpin dan persatuan, buku ini memaparkan pula panduan menubuhkan persatuan. Pemaparan ini meliputi contoh perkembangan, peranan dan fungsi jawatan dalam persatuan. Dengan maklumat ini, remaja dan individu yang terlibat dapat memantapkan ilmu dan kemahiran yang ditimba di sekolah, dalam aktiviti harian untuk digabungkan dan dimantapkan ke dalam aktiviti persatuan yang lebih sistematik bagi memenuhi tujuan dan keperluan kelompok mereka, masyarakat dan negara.

Bagi melincinkan lagi pengurusan persatuan, disediakan panduan umum untuk menguruskan persatuan daripada segi pentadbiran, sistem fail dan pengurusan kewangan persatuan. Maklumat ini membolehkan remaja lebih cepat berdikari dalam pengurusan persatuan yang lebih teratur.
Salah satu perkara yang dianggap sulit oleh remaja untuk dipelajari, difahami dan dilaksanakan dalam mengendalikan sebarang persatuan adalah yang berkaitan dengan mesyuarat. Oleh itu, bahagian 4 buku ini menyediakan bahan dan panduan dalam membantu remaja melayakkan diri menjadi pengendali mesyuarat secara teratur dan sistematik ataupun berbincang secara tidak formal dengan kelompok rakan walau di mana sahaja mereka berada. Senarai tugas yang patut dilakukan semasa berada dalam mesyuarat juga disediakan. Bimbingan seperti ini akan membuat remaja tidak berasa takut, bimbang dan berselisih faham apabila berada dalam mesyuarat persatuan.

Bahagian 5 memberi panduan untuk mencapai hasrat itu. Tugas merancang lebih mudah sekiranya maklumat ini digunakan dalam perancangan berbentuk peribadi terlebih dahulu. Merancang akan menjadikan setiap individu itu hidup. Hidup yang tidak dirancang adalah sia-sia dan menyulitkan.

Oleh itu, diharapkan panduan ini dapat menyuburkan minat remaja untuk berkhidmat dalam sebarang pertubuhan demi berbakti kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Remaja yang bergabung dalam ikatan persatuan akan berasa dirinya diperlukan, dihargai dan dinantikan. Remaja perlu memulakan langkah meneroka dunia dengan lebih matang dan mencabar dunia yang memerlukan sumbangan kita bagi membolehkan kita hidup bahagia di dalamnya.


Kandungan


Bahagian 1
Konsep Kepimpinan dalam Persatuan
1 : Apa Itu Kepimpinan?
2 : Konsep Kepemimpinan
3 : Konsep Kepimpinan dan Pemimpin
4 : Aspek-aspek dalam Kepimpinan
5 : Bagaimana Pemimpin Diwujudkan
6 : Konsep Persatuan atau Organisasi

Bahagian 2
Panduan Menubuhkan Persatuan
7 : Konsep Persatuan atau Organisasi
8 : Contoh Perlembagaan atau Undang-undang Penubuhan Persatuan
9 : Peranan dan Fungsi Ahli Jawatankuasa dalam Persatuan

Bahagian 3
Panduan Mengurus Persatuan
10 : Bagaimana Mengurus Persatuan
11 : Pengurusan Sistem Fail
12 : Pengurusan Kewangan Persatuan

Bahagian 4
Konsep Mesyuarat dan Pengendalian Mesyuarat
13 : Apa Itu Mesyuarat?
14 : Persediaan Sebelum Mesyuarat
15 : Peranan dan Fungsi Ahli Jawatankuasa dalam Mesyuarat
16 : Jenis Jawatankuasa
17 : Peraturan Mesyuarat
18 : Asas Kesopanan dalam Mesyuarat

Bahagian 5
Panduan Membuat Perancangan Persatuan
19 : Bagaimana Membuat Perancangan
20 : Kepentingan Perancangan Persatuan
21 : Proses Perancangan Persatuan
22 : Panduan Umum Membuat Perancangan Persatuan
23 : Panduan Menyediakan Kertas Cadangan Projek 24 : Kemahiran Juruacara


Lampiran
Bibliografi
Biodata Pengarang

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us