|
Judul : Mengapa Rotan Tidak Berkesan Pengarang : Mohd. Rashid Mohd. Saad Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd Genre : Pendidikan | Kaunseling Mukasurat : 194 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833376592
Ramai di kalangan kita sama ada guru ataupun ibu bapa menggunakan rotan sebagai salah satu cara menghukum pelajar ataupun anak-anak. Sejauh manakah keberkesanannya dan adakah alternatif lain bagi menghukum mereka yang bersalah? Ikuti kupasan lengkap oleh penulis di dalam buku ini.
Apa itu ?hukuman berat?? Secara mudah, ia dapat didefinisikan sebagai sesuatu hukuman yang menyebab-kan kesan ke atas tubuh badan seseorang. Sebagai contoh, di rumah apabila ibu ataupun ayah menangani anak ataupun dengan menggunakan rotan ke atas tubuh badan mereka dan di dalam institusi penjara pula, seorang penjenayah yang melakukan jenayah berat seperti membunuh dan sebagainya. Walaupun kedua-dua contoh di atas menimbulkan kesan tragis ke atas orang yang dihukum, namun ia dibolehkan. Ini kerana, jika sesuatu hukuman itu didasari oleh keadilan, maka ia tidak menjadi isu yang hendak diperdebatkan.
Contohnya ramai orang berpendapat, ibu bapa berhak me-mukul anak mereka selagi ia tidak menjadi kes dera kerana ibu bapa melahirkan anak-anak itu. Dalam institusi kehakiman pula, orang ramai tidak banyak menyoal kerana percaya pada kehakiman yang dijalankan. Tetapi bagaimana pula jika merotan dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di institusi sekolah?
Apabila ditinjau daripada sudut pengertian dalam alam persekolahan, merotan adalah perbuatan sama ada menimbulkan kesan yang parah ataupun tidak dan sama ada dilakukan secara adil ataupun tidak oleh seseorang guru. Guru itu tidak kiralah sama ada guru disiplin, pengetua ataupun guru yang diberi tanggungjawab dalam menjalankan tugas ?merotan? ke atas tubuh badan pelajar yang menerima hukuman akibat perlakuan yang menyalahi peraturan-peraturan sekolah. Mungkin timbul satu pengertian daripada maksud definisi yang diberikan kepada perbuatan merotan ini. Di dalam buku yang dikira sebagai panduan kepada isu merotan ini, penulis akan menumpukan kepada perbuatan merotan yang menimbulkan seribu satu masalah dalam institusi sosial di Malaysia.
Tujuan merotan yang menimbulkan kesan yang tidak men-cacatkan anggota tubuh pelajar dipilih sebagai satu tinjauan di dalam buku ini. Ini kerana, ramai di kalangan masyarakat:
Terlibat secara langsung terutama pihak ibu bapa pelajar yang dirotan.
Terlibat secara tidak langsung terutama masyarakat yang tidak ada hubungan dengan pelajar yang dirotan tetapi mengambil berat berkenaan isu penderaan sebagai melanggar hak-hak asasi kanak-kanak.
Menyokong secara langsung seperti guru yang mahukan merotan itu disimbolkan seperti satu pengajaran kepada yang lain supaya tidak menjejaki perbuatan sedemikian.
Menyokong secara tidak langsung seperti masyarakat yang mahukan perbuatan yang melanggar norma dihukum secara setimpal supaya ia dapat menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengikuti jejak si pesalah.
Daripada segi logiknya, perbuatan merotan yang tidak menimbulkan kesan kecacatan fizikal selalu menjadi isu di kebanyakan sekolah di Malaysia mahupun di seluruh dunia.
Kenapa isu ini menjadi satu perbalahan besar antara pihak yang menyokong dan pihak yang menentang? Buku ini mem-berikan gambaran ringkas sama ada perbuatan merotan ini dibolehkan daripada segi hukum agama ataupun tidak dengan meninjau pendapat-pendapat ahli fikir seluruh dunia. Buku ini berdiri dengan kenyataan: ?Merotan; jika dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, dilakukan secara adil ke atas seseorang murid yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh sekolah; dikenakan hukuman sedemikian atas dasar setelah nasihat, amaran dan denda yang dikenakan masih tidak merubah tingkah laku negatif murid tersebut; dilakukan oleh orang yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah; tidak menimbulkan sebarang kecacatan fizikal; dengan penuh rasa kepentingan menjaga keseimbangan sistem sekolah demi keselamatan murid-murid lain dan juga dilakukan oleh guru bukan mengikut emosi atau perasaan membalas dendam adalah dibolehkan.? Tidakkah kes-kes di Sweden, Britain dan lain-lain negara maju menghapuskan hukuman berat sejak sekian lama? Tidakkah ini menunjukkan yang merotan itu sendiri tidak secara langsung melanggar hak asasi pelajar? Jawapannya adalah kenapa tidak dibolehkan? Adakah kes-kes yang dikaji di negara-negara itu dapat mengaitkan merotan dengan penderaan kanak-kanak? Adakah dengan menghapuskan hukuman merotan di sekolah-sekolah di negara-negara maju ada me-nunjukkan penurunan kes-kes disiplin di sekolah? Semuanya ini akan terjawab dengan sendirinya dalam buku ini yang membuktikan:
Pihak penentang hukuman merotan di sekolah men-campuradukkan isu penderaan kanak-kanak dengan penderaan pelajar di sekolah. Ini menyebabkan tidak ada satu garis pemutus antara penderaan kanak-kanak dengan merotan pelajar dengan sebab-sebab tertentu.
Kajian-kajian yang dijalankan di negara-negara maju walaupun dapat membuktikan yang penderaan kanak-kanak adalah berleluasa tetapi mereka tidak dapat membuktikan yang merotan dengan teknik yang betul dan tidak mencacatkan anggota badan pelajar dapat mem-beri tekanan mental dan fizikal ke atas pelajar-pelajar sekolah.
Tidak ada satu pun kajian yang menunjukkan, merotan dengan teknik yang betul dan dengan tujuan mendisiplinkan pelajar adalah tidak berkesan. Kebanyakan kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi tidak menggunakan kaedah penyelidikan yang betul. Ini menyebabkan kita dapat menolak dapatan-dapatan kajian yang dilihat sebagai berat sebelah dengan tujuan membuktikan pendapat-pendapat mereka dan bukan dapatan kajian. Banyak kajian yang dilakukan cenderung hendak membuktikan kes penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dan bukannya penggunaan rotan oleh guru selepas nasihat, amaran dan denda yang digunakan tidak mengubah tingkah laku pelajar.
Kandungan
Bab 1 Intitusi Keluarga dan Sekolah Golongan Pertama Golongan Kedua Golongan Ketiga Paras Rupa
Bab 2 Teori Dalaman dan Perbuatan Devian Keturunan Kesimpulan
Bab 3 Kajian Disiplin di Seluruh Dunia Teori Luaran dan Perbuatan Devian Ilmu Pengetahuan, Nilai serta Kemahiran di Sekolah Kenapa Rotan Dipilih?
Bab 4 Gambaran Merotan Zaman Dahulu Bagaimana Memilih Rotan Terbaik? Menjaga Rotan Teknik-teknik Merotan Kesimpulan Merotan Dapat Mendisiplinkan pelajar dan Berkesan
Bab 5 Sistem Hukuman Berat di Malaysia Bila Masa yang Sesuai Menjatuhkan Hukuman? Kategori Perangai Pelajar dan Cara Menanganinya
Bab 6 Kajian yang Tidak Seimbang Menyokong Disiplin ke arah Kasih Sayang dan Hormat-menghormati Panduan ke arah Insan Berdisiplin
Bab 7 Disiplin dan Tingkah Laku Pelajar Strategi-strategi Pendekatan bagi Membina Dasar Hormat-menghormati Strategi Meningkatkan Disiplin Diri Kenapa Pembuangan Sekolah Tidak Berkesan di Malaysia? Alternatif kepada Pemberhentian Sementara Tekanan Rakan Sebaya Perbuatan Salah Laku dan Cara Menangani Tanggungjawab Pengetua Penyelesaian Konflik
Bab 8 Alternatif bagi Merotan Langkah Menyelesaikan Konflik Model Sahsiah Diri yang Sempurna Perbincangan di dalam Bilik Darjah Mengawal Selia Tingkah Laku Pelajar Kontrak dan Akujanji di dalam Bilik Darjah
Rujukan
|