|
Judul : Mengurus Kewangan Sekolah Pengarang : Sharil @ Charil Marzuki Penerbit : PTS Publications & Distrbutors Genre : Pengurusan Sekolah Mukasurat : 291 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833376150
Pengetua dan guru besar sekolah bertanggungjawab memastikan wang yang diperuntukkan oleh kerajaan dibelanjakan secara berhemat bagi kecemerlangan pelajar.
Buku ini membincangkan secara terperinci setiap aspek berkaitan dengan pengurusan kewangan sekolah. Setiap perkara yang dibincangkan berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas beberapa sekolah. Rumusan dan cadangan diberikan bagi mnenyelesaikan masalah kewangan yang timbul.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh pegawai pendidikan, pengetua, guru besar dan pelajar dalam bidang pendidikan.
Kandungan
Bab 1 membincangkan struktur dan sistem pengurusan kewangan sekolah, dan bagaimana sekolah mendapat peruntukan melalui Per Kapita Grant(PGG) bagi mata pelajaran, dan Per Kapita Geran (PCG) bagi bukan mata pelajaran.
Bab 2 menganalisis berkenaan organisasi dan pengurusan kewangan sekolah, serta tugas pengetua dan guru besar dalam mengurus kewangan sekolah, peranan AJK kewangan sekolah dan pematuhan pekeliling kewangan dan arahan perbendaharaan yang perlu dipatuhi.
Bab 3 adalah kajian kes berkenaan pengurusan kewangan di sebuah sekolah di SRJK (C) dan SRJK (T) di Rawang Selangor.
Bab 4 adalah kajian kes tentang pengurusan kewangan di Sekolah Menengah Teknik.
Bab 5 membincangkan pengurusan kewangan sebuah sekolah menengah sebelum bertaraf PTj dan selepas bertaraf PTj.
Bab 6, kajian kes berkenaan pengurusan kewangan sekolah di sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat.
Bab 7, kajian kes berkenaan amalan pengetua dalam pengurusan kewangan Sekolah Asrama Penuh.
Bab 8 pula menganalisis laporan audit bersyarat, yang meliputi definisi audit bersyarat, mengapa sesuatu sekolah di kenakan laporan audit bersyarat, dan cara mengatasi masalah laporan audit bersyarat.
Bab 9 membincangkan berkenaan isu-isu pengurusan kewangan sekolah pada masa kini dan cara mengatasi masalah pengurusan kewangan sekolah.
Oleh yang demikian, buku ini sesuai digunakan sebagai bahan rujukan kepada pegawai-pegawai pendidikan, pengetua dan guru besar sekolah yang ingin mempelajari dan mendapat pengetahuan lanjut berkenaan pengurusan dan pentadbiran kewangan sekolah menengah atau rendah di Malaysia.
Buku ini juga sesuai untuk pelajar-pelajar yang mengikuti Kursus Kewangan dalam Pendidikan, Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah, Ekonomi dalam Pendidikan, Perancangan dan Dasar Pendidikan di peringkat pasca ijazah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Profesor Madya Dr. Shahril @ Charil Marzuki adalah Timbalan Dekan (Pembangunan dan Penyelidikan) di fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
|