|
Judul : Mengurus Sekolah Pengarang : Abdullah Sani Yahaya Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd Genre : Pendidikan Mukasurat : 282 halaman Cetakan Ketiga : 2005 ISBN : 9833376657
Buku ini ditulis bertujuan memperbaiki pengurusan sekolah yang dikendalikan oleh guru besar yang tidak pernah dilatih untuk mengurus sebuah sekolah. Guru-guru sekolah lebih menggunakan pengalaman harian mereka dalam membentuk kecakapan dan kemahiran bekerja. Mereka belajar sesudah mereka menjawat jawatan tertentu dalam hal ehwal sekolah. Seorang guru perlu membaca buku ini supaya dapat memudahkan cara bekerja dan bertindak dalam mengelola dan menyelia sekolah mereka. Mengurus sekolah bukan sekadar mentadbir sekolah, malah mengurus sekolah merangkumi cara-cara mengelola dan menyelia sekolah. Antara judul yang menarik di dalam buku ini ialah pengenalan sekolah, organisasi sekolah, pengagihan dan penempatan guru, pengelolaan dan penyeliaan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan kewangan, pengelolaan penilaian dan peperiksaan serta beberapa judul lain yang boleh membantu para guru mengurus sekolah.
Penerbitan buku ini diharap dapat membantu menambahkan lagi sebuah buku yang lebih khusus dan dapat mendominasikan pengurusan sekolah dengan lebih cekap dan berkesan. Penyusunan judul di dalam buku ini lebih menitikberatkan persoalan bagaimana seorang penjawat penting di sekolah dapat mengaplikasi buku ini secara praktikal.
Kandungan
Bab Satu Sekolah Keceriaan Sekolah Sekolah Sebagai Asas Penyelesaian Masalah Sekolah Sebagai Suatu Komuniti Strategi Pembangunan Kejayaan Sekolah
Bab Dua Organisasi Sekolah Pengelolaan Sekolah Berkesan Pengurus Pertengahan Sekolah Kemahiran Tingkah Laku Pengurus Sekolah Pengurusan Fail
Bab Tiga Mengelola dan Mengagih Guru Serta Menempatkan Pelajar Pengiraan Kelayakkan Guru Kaedah Penempatan Pelajar Jadual Waktu Sekolah Keperluan Latihan Kemajuan Staf
Bab Empat Mengelola Kecemerlangan Akademik Kecemerlangan Akademik Head Count Mata Pelajaran Membina Komuniti Bilik Darjah
Bab Lima Menyelia Aktiviti Kurikulum Penyeliaan Kurikulum Sekolah Peranan Ketua dan Panitia Mata Pelajaran Pengajian dan Pakej Elektif
Bab Enam Menyelia Kokurikulum Penyeliaan dan Pengelolaan Aktiviti Kokurikulum Pengelolaan Sukan dan Permainan
Bab Tujuh Menyelia Wang Sekolah Pengurusan Kewangan Sekolah Wang SUWA Masalah Sumber dan Dana Belanjawan Sekolah
Bab Lapan Pengelolaan Penilaian dan Peperiksaan Sistem Penilaian dan Peperiksaan di Sekolah Penilaian Berasaskan Sekolah Pemantauan Sekolah dan PKBS
|