Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Kerjaya Sebagai Pegawai Kastam Diraja Malaysia
Cinta Madinah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
A-Z Sulaman Manik
Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan
Tukcai
Antologi Kacak Jelita
>Penerbit UKM

Meteorologi

Meteorologi
Judul : Meteorologi
Harga : RM40.00
Nombor siri : 4141115
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Meteorologi
Pengarang : Shaharuddin Ahmad
Penerbit :Penerbit UKM
Genre : Geografi
Mukasurat : 382  halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9679427722


Meteorologi bermaksud mengkaji sifat atmosfera dan proses yang menentukan dan mencorakkan fenomena cuaca dan iklim. Buku ini sesuai dalam usaha memberikan huraian dan penjelasan tentang asas-asas persekitaran atmosfera khasnya di peringkat rendah. Buku ini mampu membibit dan merangsang mereka yang berminat untuk terus mempelajari disiplin meteorologi. Maklumat dan fakta berkait dengan proses dan konsep asas atmosfera bumi, boleh mewujudkan perasaan pembaca untuk menghargai planet bumi ini sebagai tempat tinggal yang tidak seharusnya di ?ceroboh? dengan melakukan sesuatu yang boleh merubah dan merosakkannya. Dalam bab pertama dijelaskan maksud dan sifat-sifat yang membentuk dan melahirkan lapisan atmosfera peringkat rendah.

Di samping itu, disentuh juga struktur dan evolusi lapisan tersebut berasaskan beberapa parameter cuaca yang penting seperti profil suhu dan angin. Faktor utama yang membentuk semua parameter iklim dan cuaca sehingga menjadi faktor penggerak di lapisan sempadan atmosfera peringkat rendah iaitu bahang dihuraikan dan diterangkan di dalam bab kedua. Sifat dan kesan penerimaan bahang di lapisan atmosfera peringkat rendah dan di permukaan bumi dijelaskan mengikut musim dan harian. Di dalam bab ini disentuh juga bajet bahang permukaan, bahang bersih dan kesan-kesannya terhadap manusia.

Antara aspek penting yang berkait dengan suhu ialah sifat taburan suhu yang berbeza secara mendatar dan faktor-faktor penentuannya. Selain itu, dijelaskan juga faktor litupan awan dan pengaruh albedo terhadap taburan suhu. Beberapa indeks tenaga haba yang digunakan dalam menentukan sifat keselesaan persekitaran dijelaskan juga di dalam bab ini seperti hari darjah pemanasan dan pendinginan serta indeks haba.

SHAHARUDDIN AHMAD, Ph. D., Profesor di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah Kaji Iklim, Kaji Iklim Gunaan dan Geografi Perubatan. Buku beliau sebelum ini berjudul Pengantar Sains Atmosfera (2001) dan Statistik Lanjutan untuk Geografi dan Bidang Berkaitan (2006).

Kandungan

Jadual dan Rajah
Simbol dan Singkatan
Pendahuluan
Prakata

BAB 1 Lapisan Atmosfera Peringkat Rendah
BAB 2 Bahang
BAB 3 Suhu dan Haba
BAB 4 Imbangan Tenaga Permukaan, Atmosfera dan Fenomena Cuaca
BAB 5  Dinamik Atmosfera
BAB 6  Air, Kelembapan dan Kestabilan
BAB 7 Pembentukan Awan dan Kerpasan
BAB 8  Perubahan Iklim

Lampiran
Glosari
Rujukan
Indeks


 

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us