|
Judul : Morfologi Pengarang : Abdullah Hassan Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Genre : Pendidikan | Bahasa dan Linguistik Mukasurat : 346 halaman Cetakan Pertama : 2006 ISBN : 9833376193
Inilah buku yang dapat dijadikan rujukan asas dalam mempelajari ilmu linguistik, dan perlu dipunyai oleh semua pelajar, guru dan pensyarah bahasa Melayu.
Buku Morfologi Bahasa Melayu ini adalah buku edisi kedua mengenai morfologi bahasa Melayu. Edisi pertama buku ini diterbitkan oleh syarikat Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd pada tahun 1986 dengan tajuk Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia.
Buku ini disunting semula supaya isi dan jalan bahasanya bagi memenuhi keperluan pelajar sekarang. Kandungan buku ini dibahagikan ke dalam 15 bab. Lima belas bab ini terbahagi kepada empat bahagian besar.
Bahagian pertama mengandungi tiga bab. Bab 1 memperkenalkan morfologi sebagai satu disiplin, membincangkan definisi morfologi. Unit-unit morfologi diperkenalkan dan diikuti dengan prinsip-pinsip mengenal pasti morfem. Bentuk-bentuk dan proses penerbitan perkataan dalam bahasa Melayu dijelaskan. Bab 2 membincangkan konsep dan asas penggolongan perkataan dan ini diikuti dengan perbincangan mengenai golongan perkataan dalam bahasa Melayu. Bab 3 membincangkan proses perubahan bunyi dan ejaan apabila proses-proses pembentukan perkataan berlaku.
Bahagian kedua mengandungi tiga bab, semuanya mendeskripsikan proses pengibuhan yang berlaku kepada golongan kata utama. Bab 4 menghuraikan pengimbuhan kata nama. Bab 5 menghuraikan pengimbuhan kata kerja. Bab 6 menghuraikan pengimbuhan kata adjektif.
Bahagian ketiga mengandungi empat bab, semuanya menghuraikan kata tugas. Ada 17 subgolonan kata tugas dan memerlukan perbincangan yang agak panjang. Oleh sebab itu Bab 7, 8, 9 dan 10 membincangkan kata tugas.
Bahagian keempat mengandungi deskripsi mengenai penggandaan, dalam Bab 11, pemajmukan dalam Bab 12, pengakroniman dalam Bab 13, peristilahan dalam Bab 14, dan akronim dalam Bab 15.
Ada dua perkara yang dilakukan apabila buku ini disunting semula.
1.Dalam mengedit semula buku ini, semua pembaharuan yang dikemukakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Tatabahasa Dewan (Manuskrip Edisi Semakan 2005) diambil kira sepenuhnya supaya pengajaran tatabahasa di sekolah berpandukan tatabahasa pegangan.
2.Bahasa yang digunakan dalam buku ini disunting semula dengan mengambil kira indeks bacaan. Bagi menurunkan indeks bacaan, ayat-ayat yang digunakan dipendekkan. Frasa kerja digunakan bagi menggantikan kata nama yang abstrak. Contoh-contoh yang digunakan juga diambil daripada bahasa-bahasa yang diketahui oleh pelajar-pelajar di Malaysia.
Semoga Morfologi Bahasa Melayu dapat membantu para pelajar, guru dan pensyarah bahasa Melayu meningkatkan pengetahuan mereka mengenai pendidikan bahasa Melayu.
Kepada para pelajar, semoga dapat belajar dengan baik dan berbakti kepada bangsa dan bahasa.
Kandungan
Prakata Edisi Pertama Prakata Edisi Kedua 1 Morfologi 1.1 Apakah Itu Morfologi? 1.2 Unsur-unsur Morfologi 1.3 Teori Membentuk Perkataan 1.4 Bentuk-bentuk Perkataan 1.5 Prinsip Menganalisis Morfologi 1.6 Proses-proses Morfologi 1.7 Deskripsi Morfologi Bahasa Melayu 2 Golongan Perkataan 2.1 Pengenalan 2.2 Sejarah Sarjana Eropah Menggolongkan Perkataan 2.3 Perbandingan Kajian-kajian yang Dilakukan 2.4 Fungsi Tatabahasa 2.5 Kategori Tatabahasa 2.6 Isu Penggolongan Perkataan 2.7 Golongan perkataan dalam Tatabahasa Dewan 2.8 Golongan Perkataan Tatabahasa Dewan (2005) 3 Morfofonologi 3.1 Apa Itu Morfofonologi? 3.2 Penyengauan 3.3 Penggetaran 3.4 Geluncuran w dan y 3.5 Pengglotisan 3.6 Penduaan Konsonan 3.7 Penggandaan 3.8 Kontroversi N dan R 4 Kata Nama 4.1 Pengenalan 4.2 Imbuhan Sisipan 4.3 Imbuhan Awalan 4.4 Imbuhan Akhiran 4.5 Imbuhan Apitan 5 Kata Kerja 5.1 Pengenalan 5.2 Morfem Kata Kerja 5.3 Binaan Kata Kerja Tak Transitif 5.4 Binaan Kata Kerja Transitif 5.5 Bangun Kata Kerja 6 Kata Adjektif 6.1 Pengenalan 6.2 Awalan Kata Adjektif 6.3 Akhiran Kata Adjektif 6.4 Apitan 6.5 Sisipan 7 Kata Adverba 7.1 Apa Itu Kata Adverba? 7.2 Ciri-ciri Kata Adverba 7.3 Bentuk-bentuk Kata Adverba 7.4 Makna Kata Adverba 8 Kata Hubung 8.1 Pengenalan 8.2 Fungsi Kata Hubung 8.3 Kata Hubung Setara atau Gabungan 8.4 Kata Hubung Tak Setara (Pancangan Relatif, Pancangan Komplemen dan Pancangan Keterangan) 8.5 Kata Hubung Berkait 9 Kata Sendi 9.1 Kata Sendi 9.2 Konsep dan Istilah Kata Sendi 9.3 Fungsi Tatabahasa Kata Sendi 9.4 Jumlah Kata Sendi 9.5 Bentuk dan Fungsi Kata Sendi 10 Kata Tugas Lain-lain 10.1 Pengenalan 10.2 Penggunaan Kata Tugas 11 Kata Ganda 11.1 Pengenalan 11.2 Penggandaan Kata Nama 11.3 Penggandaan Kata Kerja 11.4 Penggandaan Kata Adjektif 11.5 Penggandaan Kata Adverba 11.6 Penggandaan Kata Tugas 12 Kata Majmuk 12.1 Pengenalan 12.2 Ciri-ciri Kata Majmuk 12.3 Penulisan Kata Majmuk 12.4 Pemajmukan Kata Nama 12.5 Pemajmukan Kata Kerja 12.6 Pemajmukan Kata Sifat 12.7 Pemajmukan Kata Tugas 13 Kata Istilah 13.1 Pengenalan 13.2 Sumber Istilah 10.3 Aspek Tatabahasa Peristilahan 13.4 Aspek Makna Peristilahan 13.5 Istilah Singkatan dan Lambang 13.6 Ejaan dalam Peristilahan 14 Imbuhan Asing 14.1 Pengenalan 14.2 Imbuhan Sanskrit 14.3 Imbuhan Arab 14.4 Imbuhan Inggeris 15 Akronim, Singkatan dan Simbol 15.1 Pengenalan 15.2 Jenis-jenis Akronim 15.3 Status Akronim 15.4 Kependekan 15.5 Penyingkatan 15.6 Pemendekan Perkataan 15.7 Simbol Bibliografi Indeks
|