|
Judul : Ninja Kunaharo Pengarang : Oshun Muhammad Penerbit : KarnaDya Genre : Novel Remaja Awal Mukasurat : 163 halaman Cetakan Pertama: 2007 ISBN : 9833316014
Puas Fadhilah dan Ismail, wartawan dan jurugambar Berita Benar cuba mengorek rahsia tentang identiti Ninja Kunaharo, yang kini menjadi popular di kawasan Langkap, Perak. Dalam begitu, orang-orang kampung tidak senang jika identiti keahlian kumpulan Ninja itu dibongkar, kerana mereka takut kumpulan itu tidak mahu lagi menolong orang kampung yang berdepan dengan masalah.
Kemunculan Puan Siti Naimah dan anaknya Riana dari luar negara, telah memeriahkan kawasan perumahan di situ. Pelbagai perkara lucu dan mencuitkan hati telah berlaku,dan tentunya pembaca akan terhibur dengan perjalanan cerita ini yang penuh dengan humor dan kejadian-kejadian yang mendebarkan!
|