|
Judul : P Ramlee Di Cekara Nusantara Penyelenggara : Awang Azman Awang Pawi, Khor Chooi Lian Penerbit : Universiti Malaysia Sarawak Genre : Esei Mukasurat : 294 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9839257374
Pencapaian seniman agung P. Ramlee telah banyak dibincangkan dan diiktiraf dalam pelbagai seminar peringkat nasional, kebanyakannya lebih kepada perspektif nostalgia terhadap kehidupan dan karyanya. Sebagaimana kita maklum terdapat intipati hasil karya dan kreativiti dalam bidang muzik dan filem yang memerlukan kita melakukan perubahan terhadap fokus iaitu, daripada sekadar retrospektif ke perspektif yang lebih kritis dan berpandangan jauh.
Seminar mengenai pemikiran semula P. Ramlee akan dapat menilai sumbangan P. Ramlee secara lebih objektif sesuai dengan tugas-tugas kesarjanaan. Tugas intelektual ini mendukung semangat kreatif dalam milennium baru dan ternyata dapat membawa pembaharuan yang lebih menarik dan jelas tentang kreativiti dalam konteks sosial dan pembangunan artistik seorang seniman.
Pembentang antarabangsa dari negara luar seperti Canada, Rusia, Australia dan sebagainya yang banyak mengkaji kesenimanan P. Ramlee dapat memberikan perspektif lain yang dapat dilihat daripada sudut pandangan luar. Pengkaji tempatan dan seniman yang dekat dengan P. Ramlee turut diundang meskipun bukanlah tugas mudah untuk memerikan sumbangan Seniman Agung yang bukan sahaja sebagai pelakon, penyanyi, pengarah filem, penulis, penerbit, pelawak, penggubah lagu dan pemuzik.
Kandungan
1. P. Ramlee Seniman Ulung Negara - Ahmad Sarji Bin Abd Hamid 2. P. Ramlee dan Saya - Jamil Sulong 3. Perwatakan P. Ramlee: Perspektif Agama, Intelektual dan Moral - Abdullah Hussain 4. Mencari Batin Nasional P. Ramlee - Mahadi J. Murat 5. P. Ramlee Seniman Sepanjang Zaman - Jins Shamsuddin 6. P. Ramlee dalam Konteks Minda dan Psyche Orang Melayu -Johan Jaaffar 7. Dua Tokoh, Dua Naratif: Satu Ekspresi Kemiskinan - Awang Azman Awang Pawi dan Khor Chooi Lian 8. P. Ramlee di Kaca Mata Etnik India: Suatu Perbandingan - Uthaya Sangkar 9. P. Ramlee: Kenangan yang Tidak Mungkin Padam - Rahani Jamil 10. Analisis Kaedah Komedi Visual dalam Filem Arahan P. Ramlee - Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman dan Nur Afifah Vanitha Abdullah 11. Dr. Rusdi dan Jangan Tinggal Daku: Dekadensi Kesenimanan P. Ramlee - Abdul Wahab Hamzah 12. Layar Perak P. Ramlee: Menyuluh Kosmos Melayu Menyilau Atmos Global - Mohamed Zefri Ariff Mohammed Zain Ariff 13. Antara Dua Darjat Antara Dua Zaman - Shaharuddin Maaruf 14. Poster Filem P. Ramlee: Perbandingan Analisis Visual - Musdi Bin Haji Shanat 15. "Not Just a Movie" : The Historical Context of P. Ramlee and His Films - Timothy P. Bamard 16. Japan Meets Hollywood in the Films of P. Ramlee - Timothy R. White 17. The Trishaw Puller And The Neorealist Legacy - Jan Uhde 18. Transtextuality and Transmigration in Ibu Mertua-ku - Bill Van Der Heide 19. P. Ramlee dan Leonid Utesov: Parallels of Creativity - Polina Pogadaeva & Victor Pogadaev 20. Kepelbagaian Dalam Muzik P. Ramlee - Yusnor EF 21. Pemikiran Tradisi Melayu Dalam Lagu Ciptaan P. Ramlee - Ariff Ahmad 22. Getaran Jiwa: Analisis Melodi - Mohd Hafiz Askiak
Lampiran Biodata Penulis Rujukan Indeks
|