0 kuantiti
Total Price:RM0.00
> PTS Publications> Agama Kontemporari

Panduan Berdakwah Kontemporari

Panduan Berdakwah Kontemporari
Judul : Panduan Berdakwah Kontemporari
Harga :
RM20.00
Nombor siri : 3251115
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Panduan Berdakwah Kontemporari
Pengarang : Mohd. Rumaizuddin Ghazali
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Agama
Mukasurat : 149  halaman
Cetakan Pertama : 2003
ISBN : 9831921704


Dalam Islam setiap individu dikehendaki melaksanakan kerja-kerja berdakwah sama ada seseorang itu masih remaja ataupun baru memeluk Islam

Golongan remaja sesuai berdakwah kepada golongan remaja, manakala mereka yang baru memeluk Islam sesuai berdakwah kepada mereka yang mempunyai banyak persamaan dengan dirinya

Buku ini menerangkan beberapa prinsip yang menjadi pegangan apabila berdakwah, khususnya dalam masyarakat moden dan berbilang kaum seperti di negara ini.

Buku ini mempunyai 6 bab

Bab pertama membahaskan mengenai keutamaan dalam dakwah dan pembangunan Islam di Malaysia. Penulis menjelaskan pengertian fiqh al-Awlawiyyat, contoh-contoh keutamaan dalam al-Quran, al-sunnah dan sirah para sahabat dan bagaimanakah sikap yang perlu diambil oleh aktivis dan gerakan Islam dalam membentuk keutamaan dalam masyarakat Islam kini. Bab ini menghuraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh aktivis Islam dalam menyampaikan dakwah yang berkesan kepada orang Islam dan orang bukan Islam. Tindakan melulu dan gopoh akan mengakibatkan perkembangan dakwah terjejas. Oleh itu, sikap aktivis Islam perlu pro-aktif dan dinamis dalam mengorak langkah di medan dakwah.

Bab kedua membincangkan tamadun Islam, pengertiannya pada pandangan sarjana Barat dan Timur, asas-asas ketamadunan Islam dan pembinaannya dalam konteks alam Melayu. Isu tamadun begitu rancak diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat dunia moden kini dan umat Islam tidak terlepas dalam isu ini. Oleh demikian, umat Islam seharusnya memahami pengertian dan ciri- ciri tamadun Islam yang sebenar sebagai persediaan memimpin manusia sejagat.

Bab ketiga membincangkan prinsip wasatiyatul Islam dan penyuburan semula dalam masyarakat Islam kini. Penulis menjelaskan pengertian kesederhanaan dan kepentinganny masyarakat Islam. Al-Quran menggambarkan bahawa umat yang sederhana dan seimbang itu merupakan umat Islam yang dimuliakan Allah. Mereka adalah golonganyang layak memimpin dunia. Penulis juga menjelaskan gejala ekstrem, sebab-sebab kemunculan dan akibat -akibatnya. Sikap kesederhanaan ini perlu dimiliki oleh para aktivis Islam agar ia menjadi contoh kepada masyarakat.

Bab keempat membicarakan penglibatan wanita dalam bidang kemasyarakatan dan politik. Penulis menjelaskan hak -hak wanita berdasarkan sumber-sumber al-Quran dan al-Sunnah serta pandangan ulama-ulama semasa. Isu wanita sering disalahertikan oleh sebahagian besar masyarakat moden kini sehingga menghararnkan segala aktiviti yang melibatkan wanita sedangkan Islam tidak pernah bertanggungjawab dalam persoalan tersebut. Oleh itu, sikap kita perlulah optimis bahawa wanita juga harus melibatkan diri dalam menjayakan wawasan umat.

Bab kelima membicarakan tajuk keimanan sebagai syarat utama untuk kejayaan kaum Muslimin di dunia dan akhirat Penulis mengambil contoh-contoh keimanan para sahabat dalam mempertahankan akidah. Keimanan dan ketakwaan adalah rahsia kekuatan dan kemuliaan umat Islam yang sebenar. Kemanisan iman menyebabkan mereka tidak gentar menghadapi orang yang paling kaya, berkuasa dan berpangkat kerana mereka tidak dapat membeli iman dan Islam dalam diri mereka. Harga iman melebihi segala-galanya.

Bab keenam membahaskan jalan penyelesaian bagi kemunduran umat Islam selama ini. Penulis mengambil pandangan- pandangan tokoh-tokoh nadhah dan sarjana Islam dari seluruh dunia termasuk sarjana tempatan. Berdasarkan pandangan tersebut, penulis membuat kesimpulan ringkas untuk umat Islam menjadi pengemudi dunia sekali gus membina tamadun khayra ummah.


Kandungan


Bab 1 Fiqh a1-Awlawiyyat: Memahami Keutamaan Dalam Konteks Malaysia
Bab 2 Fiqh a1-Hadhari: Memahami Ciri-Ciri Ketamadunan
Bab 3 Prinsip Wasatiyatul Islarn: Penyuburan Semula di Kalangan Masyarakat
Bab 4 Pelibatan Wanita da1arn Bidang Kemasyarakatan dan Politik: Pandangan Syariat Islam
Bab 5 Kemanisan Iman dan Kekuatannya
Bab 6 Membangun Ummah: Perspektif Sejarah, Dakwah dan Pemikiran