|
Judul : Panduan Memilih Agama Pengarang : Mohd Rosmizi Abd Rahman Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Agama Mukasurat : 186 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833372015
"Benarkah agama yang aku anuti?" "Kalau tidak beragama, bagaimana?" "Mampukah aku hidup tanpa agama?" "Apa itu agama yang benar?" "Ada agama menyusahkan saja."
Kesedaran beragama semakin meningkat di kalangan manusia abad ini. Namun begitu, masih ada yang tercari-cari agama yang benar walaupun sudah beragama. Buku ini menyediakan panduan umum bagi mengkaji dan memilih agama. Selain itu, ia membincangkan ajaran-ajaran utama pelbagai agama. Diterangkan dalam bahasa yang jelas, pendekatan yang sistematik, mudah difahami dan diikuti.
Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian yang merangkumi kepentingan beragama, agama-agama dunia dan panduan memilih agama. Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah:
.Kenapa perlu beragama? .Keperluan dan kepentingan agama. .Persamaan dan perbezaan agama. .Panduan memilih agama.
Buku ini sesuai dibaca oleh individu-individu yang mahu mengetahui serta mencari agama yang benar, tidak kira menganut agama apa sekalipun.
Mohd Rosmizi Abd Rahman adalah pembantu penyelidik di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kuliah Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kandungan
Bahagian 1 Agama?
Kesedaran Beragama Kenapa Perlu Beragama? Keperluan dan Kepentingan Agama Kenapa Ada Banyak Agama?
Bahagian 2 Apakah Agama-agama di Dunia?
Agama-agama Dunia Agama Hindu Agama Jaina Agama Budha Agama Sikh Agama Tao Agama Konfusius Agama Zarathustra Agama Yahudi Agama Kristian Agama Islam Persamaan dan Perbezaan Agama
Bahagian 3 Bagaimanakah Memilih Agama?
Panduan Memilih Agama Mengkaji Asal Usul Agama Meneliti Sumber Agama Menyiasat Pembawa Agama Menganalisis Ajaran Agama Meninjau Tujuan Agama Membandingkan Upacara Agama Menguji Keberkesanan Agama Percanggahan dan Kekeliruan Renungan
|