Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan Dan Persandingan Melayu
Kerjaya Sebagai Pegawai Kastam Diraja Malaysia
Cinta Madinah
Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu
A-Z Sulaman Manik
Kesantunan Orang Melayu Dalam Majlis Pertunangan
Tukcai
Antologi Kacak Jelita
>PTS Publications>Pengurusan

Mengurus Majlis Dan Acara Rasmi

Mengurus Majlis Dan Acara Rasmi
Judul : Mengurus Majlis Dan Acara Rasmi
Harga : RM20.00
Nombor siri : 3221138
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Panduan Mengurus Majlis Dan Acara Rasmi
Pengarang : Samsudin Wahab
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Pengurusan
Mukasurat : 190  halaman
Cetakan Kedua : 2004
ISBN : 9831922298

Pengurusan Acara adalah suatu cabang pengurusan yang penting bagi memastikan satu-satu acara yang dikendalikan oleh badan atau jawatankuasa tertentu dapat berjalan dengan jayanya. Terdapat berbagai jenis acara yang diuruskan oleh berbagai kumpulan individu yang lebih dikenali sebagai jawatankuasa penganjur yang kemungkinan secara terpaksa atau secara sukarela melaksanakan sesuatu acara untuk faedah bersama ataupun bermotifkan keuntungan.

 Terdapat berbagai-bagai pengkelasan acara yang dapat kita dengar dewasa ini, dan atas dasar inilah penerbitan buku ini diharapkan agar menjadi panduan yang berguna kepada pihak-pihak terbabit. Ada acara yang mewakili peringkat institusi, peringkat kawasan kediaman masyarakat tertentu, mewakili peringkat daerah atau negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Contoh acara diperingkat tempatan termasuklah penganjuran acara Sukaneka, Pertandingan Wau Bulan, Pertandingan Memanjat Kelapa dan berbagai lagi. Acara diperingkat kebangsaan termasuklah acara Pertandingan Musabaqah al-Quran, Pertandingan Sukan dan Permainan, Sambutan Maulidur-Rasul, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya. Acara diperingkat antarabangsa termasuklah Acara Mesyuarat N egara - Negara ASEAN, Kempen Tahun Melawat Malaysia, Program Pertukaran Pelajar, Program Latihan Ketenteraan Bersama dan sebagainya. Oleh kerana pengurusan acara untuk berbagai peringkat dan skop maka pengurusan acara menjadi lebih unik dan memerlukan penghayatan yang lebih dalam bagi menjayakannya.

Antara golongan yang boleh merujuk buku ini ialah pengurus- pengurus professional yang perlukan panduan dalam mengendalikan acara dalam organisasi masing-masing. Ketua-ketua masyarakat dan pemimpin juga perlu membuat rujukan dalam memikirkan acara yng boleh dilrancangkan dibawah bidang kuasa masing-masing. Acara yang mendatangkan faedah kepada masyarakat perlu dirancang dengan sistematik untuk kebajikan masyarakat setempat. Peningkatan gejala sosial dapat dielakkan dengan adanya aktiviti yang tersusun oleh pemimpin-pemimpin masyarakat di sesuatu kawasan. Buku ini juga akan menjadi sumber rujukan penting kepada pelajar- pelajar institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan pelajar serta para pensyarah yang akan menganjurkan berbagai projek dan acara yang berfaedah kepada pelajar-pelajar keseluruhannya. Selain pembantu tadbir setiap jabatan juga biasanya akan terlibat dalam program-program tahunan organisasi yang meliputi acara-acara Jamuan Tahunan Kakitangan, Hari Keluarga Jabatan, Temasya Sukan, Program Latihan Kakitangan, Seminar serta berbagai acara yang dirancang oleh jabatan masing-masing setiap tahun. Para pengurus yang ada ketikanya bertindak sebagai penasihat acara sudah tentu tidak terlepas dalam memberikan panduan dan nasihat kepada jawatankuasa yang ditubuhkan untuk merancang serta melaksakan sebarang acara untuk kepentingan bersama. Buku ini sedikit sebanyak dapat membantu para pengurus dalam memberikan idea tentang perlaksanaan acara dalam orgamsasi masing-masing.

Kandungan

Bab 1 Maklumat Umum Mengenai Acara
Bab 2 PerancanganAcara
Bab 3 Penulisan Kertas Kerja
Bab 4 Penjadualan Acara
Bab 5 Kajian Dan Pembentukan Program
Bab 6 Peruntukan Belanjawan
Bab 7 Pemilihan Tarikh Dan Tempat
Bab 8 Penentuan Jurulatih Acara
Bab 9 Menguruskan Keperluan Logistik Acara
Bab 10 Percetakan Dokumen
Bab 11 Sumber Pembiayaan Acara
Bab 12 Pemasaran Acara
Bab 13 Komunikasi Acara
Bab 14 Pendaftaran Acara
Bab 15 Pengendalian Tempat Acara
Bab 16 Penyediaan Makanan Dan Kudapan
Bab 17 Penilaian Acara
Bab 18 Penamatan Acara
Bab 19 Etika Dalam Pengurusan Acara
Bab 20 Kualiti Dalam Pengurusan Acara
Bab 21 Isu-Isu Penganjuran Acara Sana-Sini 

 

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2008. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us