Koleksi / Direktori Penulis
Pakej Istimewa
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Ameenbooks
IKSEP
ISMMA
KarnaDya
Penerbit UKM
Penerbit UM
PTS Publications
UPSI
KUIM
Yayasan Warisan Johor
Koleksi N. Sembilan
Hadiah Sastera Utusan
Suarasuara
Agama
Biografi
Drama
Esei
Fesyen
Koleksi Prof Dr. Hamka
Ilmiah
Kamus
Kembara Buku
Kanak-kanak
Kesihatan
Kumpulan Cerpen
Novel
Puisi
Resepi
Pengurusan
Rujukan Sekolah
Sastera
Undang-undang
Multimedia
Motivasi
Sejarah
1515
Impian Tsu Ryi
Farris Putera Yang Hilang
Odisi Tanah Kencana
Lembaga Budi - Perhiasan Insan Cemerlang
Adat Merentas Zaman
Mencari Locus Standi
Bukan Legasi Lalang
>PTS Publications>Pendidikan

Panduan Mengurus Perpustakaan

Panduan Mengurus Perpustakaan
Judul : Panduan Mengurus Perpustakaan
Harga : RM22.50
Nombor siri : 3251162
Status Stok: Stok masih ada
Masukkan buku ke dalam troli belian

Judul : Panduan Mengurus Perpustakaan
Pengarang : Irma Indayu Omar
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Genre : Pendidikan
Mukasurat : 240  halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9833376479

Buku ini dapat memberi panduan bagi menguruskan perpustakaan dengan berkesan. Ia merangkumi perkara-perkara asas yang perlu diketahui setiap pustakawan dan sesiapa sahaja yang diberikan tugas bagi menguruskan sebuah perpustakaan.

Perpustakaan adalah pusat maklumat dan ilmu pengetahuan yang penting. Ia wujud sekian lama, malah perpustakaan adalah organisasi lama yang mempunyai tradisi menyimpan dan mengurus pelbagai bahan maklumat. Perpustakaan wujud semasa berkembangnya kebudayaan Sumeria, Babylon dan Assyria yang terletak di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates sekitar tahun 3000 hingga 650 SM.
Sejarah perpustakaan membuktikan kepada kita kepentingannya sebagai pusat penyimpanan tamadun ilmu. Perpustakaan mencerminkan keadaan sosio ekonomi dan taraf pendidikan negara dan masyarakat di mana ia berada. Negara dan masyarakat yang bertamadun dan memiliki budaya ilmu menghargai ilmu pengetahuan dan ini diterjemahkan kepada pembangunan perpustakaan yang menyimpan bahan-bahan ilmu itu.

Kebudayaan-kebudayaan lampau yang besar seperti Greek, Mesir dan Islam memberikan penekanan kepada pembangunan ilmu dan perpustakaan. Pada waktu itu, pustakawan yang diberi tanggungjawab menguruskan perpustakaan seringkali terdiri daripada individu yang terpelajar dan adalah cendekiawan pada zamannya. Pada hari ini, perpustakaan juga sering dikenali dengan nama pusat sumber. Ada juga yang dikenali sebagai pusat maklumat. Perpustakaan ataupun pusat sumber pada hari ini berhadapan dengan pelbagai format bahan maklumat yang begitu banyak dihasilkan. Oleh itu, para pustakawan menghadapi cabaran yang hebat bagi mengendalikan perpustakaan dengan baik. Pada waktu yang sama, perpustakaan perlu mampu bersaing dengan pembekal-pembekal maklumat yang lain. Pengetahuan dan kemahiran perlu dikemas kini secara berterusan supaya setiap tugas dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Buku ini diharap dapat memberi panduan bagi menguruskan perpustakaan dengan berkesan. Ia merangkumi perkara-perkara asas yang perlu diketahui setiap pustakawan dan sesiapa sahaja yang diberikan tugas bagi menguruskan sebuah perpustakaan.

Kandungan

Bab 1 Sejarah Perpustakaan
Perpustakaan di Asia Barat
Perpustakaan Dunia Islam
Perpustakaan di Barat
Perpustakaan di Malaysia

Bab 2 Jenis dan Fungsi Perpustakaan
Perpustakaan Negara
Perpustakaan Awam
Perpustakaan Akademik
Perpustakaan Sekolah
Perpustakaan Khusus
Bahagian-bahagian dalam Perpustakaan

Bab 3 Pembangunan Koleksi Perpustakaan
Memilih Bahan
Pemilihan Bahan di Perpustakaan Awam
Pemilihan Bahan di Perpustakaan Akademik
Pemilihan Bahan di Perpustakaan Sekolah
Pemilihan Bahan di Perpustakaan Khusus
Asas Pemilihan Bahan
Pemilihan Buku
Pemilihan Bahan Audio Visual
Pemilihan Bahan Bersiri
Pemilihan Bahan Elektronik
Pembangunan Koleksi dan Internet
Memperoleh Bahan

Bab 4 Pengurusan Koleksi Perpustakaan
Menguruskan Bahan Hadiah dan Pertukaran
Menjaga Bahan
Mengeluarkan Bahan dari Koleksi
Polisi Pembangunan Koleksi

Bab 5 Pengkatalogan dan Pengelasan Koleksi
Perpustakaan
Pengkatalogan
Pengelasan
Kawalan Autoriti
MARC

Bab 6 Perkhidmatan Pelanggan
Perkhidmatan Edaran Bahan
Perkhidmatan Rujukan
Sumber Maklumat
Perkhidmatan Kesedaran Semasa

Bab 7 Pemasaran Perpustakaan
Definisi Pemasaran
Memasarkan Perpustakaan
Pelan Pemasaran Perpustakaan
Aktiviti Promosi
Perhubungan Awam
Menilai Prestasi Pemasaran

Bab 8 Penggunaan Teknologi Maklumat
di Perpustakaan
Sistem Automasi Perpustakaan
Sistem Pengurusan Dokumen
Laman Web Perpustakaan
Perpustakaan Digital
Perkakasan dan Perisian

Bab 9 Pengurusan Kakitangan, Kewangan
dan Susunan serta Suasana Perpustakaan
Jenis dan Penempatan Kakitangan
Pengurusan Kewangan Perpustakaan
Susunan dan Suasana Perpustakaan
Glosari
Bibliografi
Indeks

 

Pengenalan
Kalender Aktiviti
Cara Pembayaran
Keistimewaan Kami
Misi
Untuk Penulis
GAPENA
All rights reserved. Copyright Ujanailmu 2009. Shopping Cart Software By InstanteStore.com.
Shopping Cart | My Account | Contact Us