|
Judul : Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang Pengarang : Saat Sulaiman Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Keluarga & Keibubapaan Mukasurat : 208 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9833372848
Buku yang patut dibaca oleh ibu bapa yang ingin cemerlang supaya berjaya melahirkan anak yang cemerlang.
Tugas sebagai ibu bapa bukanlah mudah, terutama di zaman sains dan teknologi, zaman manusia mengejar kemewahan dan kebendaan. Masa dan zaman akan berubah, namun manusia tetap sama iaitu dilahirkan dalam keadaan tiada seurat benang pun dan berakhir di liang lahad.
Ibu bapa yang berjaya menjadi cemerlang melahirkan generasi cemerlang kerana ibu bapa adalah guru pertama kepada anak-anak. Apabila ibu bapa gagal menjadi cemerlang, mereka bukan sahaja gagal menjadi ibu bapa yang baik dan sempurna, malah melahirkan anak-anak yang tidak berilmu dan berwawasan.
Pada masa ini, lahir pelbagai gegala sosial seperti persetubuhan tanpa nikah, bohsia dan bohjan, vandalisme, jenayah seawal usia persekolahan dan pelbagai lagi masalah yang timbul terutama di zaman globalisasi ini. Ibu bapa kini bukan sahaja disibukkan dengan tugas mencari rezeki, malah perlu menjadi suami dan isteri, perlu mendidik dan membesarkan anak-anak. Masa yang kian terbatas menyebabkan ramai ibu bapa gagal menjadi cemerlang.
Semoga dengan lahirnya buku ini akan menambahkan ilmu pengetahuan kepada ibu bapa dan yang bakal bergelar ibu bapa. Semoga semua ibu bapa yang berada di negara Malaysia tercinta ini menjadi ibu bapa cemerlang demi melahirkan anak-anak berilmu, berketerampilan, berakhlak dan berwawasan. Ibu bapa cemerlang adalah matlamat semua ibu bapa. Jika ingin menjadi ibu bapa yang cemerlang, ibu bapa mesti memiliki pelbagai cabang ilmu pengetahuan, kemahiran mendidik, memahami psikologi dan tingkah laku manusia, kesabaran dan lain-lain. Memang bukan mudah mahu menjadi ibu bapa cemerlang namun dengan usaha memperbanyakkan ilmu, mengkaji kesalahan dan kesilapan, dengan izin Tuhan kita pasti berjaya menjadi ibu bapa cemerlang dan seterusnya menjadi role model kepada anak-anak untuk mewarisi kecemerlangan.
Manusia maju dengan ilmu, oleh demikian buku ini menambahkan lagi ilmu keibubapaan supaya kita berjaya menjadi ibu bapa cemerlang. Buku ini hanya mampu memberi jalan dan ikhtiar, kitalah yang akan mencorakkan diri kita. Semoga panduan dan idea yang akan dipaparkan nanti akan memberi jalan untuk berubah menjadi lebih cemerlang dan terus cemerlang.
Kandungan
1. Kenapa Ibu Bapa Perlu Cemerlang?
BAHAGIAN 1: Ciri-ciri Ibu Bapa Cemerlang 2. 50 Ciri Ibu Bapa Cemerlang 1. Ibu Bapa yang Memiliki IQ yang Cemerlang 2. Ibu Bapa yang Menjadi Suami Isteri yang Cemerlang 3. Ibu Bapa yang Beriman 4. Ibu Bapa yang Tahu Membezakan Halal dan Haram 5. Ibu Bapa yang Tahu Kewajipan dan Hak sebagai Ibu Bapa 6. Ibu Bapa yang Amanah 7. Ibu Bapa yang Adil 8. Ibu Bapa yang Berilmu 9. Ibu Bapa yang Peka dan Prihatin 10. Ibu Bapa yang Mesra dan Penyayang 11. Ibu Bapa yang Menjaga Kebersihan 12. Ibu Bapa yang Tahu Ilmu Psikologi 13. Ibu Bapa yang Tidak Menjadikan Anak-anak sebagai Mangsa 14. Ibu Bapa yang Memahami Ajaran Quran dan Hadis 15. Ibu Bapa yang Mengelak Perbuatan yang Ditegah oleh Agama 16. Ibu Bapa yang Tahu Perkara yang Boleh Membatalkan Islam dan Iman 17. Ibu Bapa yang Tahu Ilmu Tajwid 18. Ibu Bapa yang Tahu Menggunakan Lidah 19. Ibu Bapa yang Tahu Menyembunyikan Masalah 20. Ibu Bapa yang Mengelakkan Pergaduhan di Hadapan Anak-anak 21. Ibu Bapa yang Tidak Mendera Fizikal dan Mental Anak-anak 22. Ibu Bapa yang Suka Menasihati dan Dinasihati 23. Ibu Bapa yang Mempunyai Mentaliti, 'Kami Serba Kekurangan' 24. Ibu Bapa yang Sering Muhasabah Diri 25. Ibu Bapa yang Rajin Mendidik Anak-anak 26. Ibu Bapa yang Menanam Iman ke dalam Jiwa Anak 27. Ibu Bapa yang Tidak Mendedahkan Aib Pasangan 28. Ibu Bapa yang Mampu Menjadi Guru di Rumah 29. Ibu Bapa yang Merendah Diri 30. Ibu Bapa yang Menepati Janji 31. Ibu Bapa yang Bijak Mengawal Emosi 32. Ibu Bapa yang Pandai Menyelesaikan Masalah 33. Ibu Bapa yang Mengambil Tahu Masalah Anak 34. Ibu Bapa yang Menanam Sifat Hormat, Bukan Takut kepada Anak 35. Ibu Bapa yang Tidak Suka Mengungkit 36. Ibu Bapa yang Suka Menghadiri Majlis Ilmu 37. Ibu Bapa yang Memiliki Sifat Mahmudah 38. Ibu Bapa yang Menjauhi Sifat Mazmumah 39. Ibu Bapa yang Memiliki Hobi Berfaedah 40. Ibu Bapa yang Mengelakkan Sifat Suka Menyalahkan Anak 41. Ibu Bapa yang Sabar Dengan Kerenah Anak 42. Ibu Bapa yang Suka Membantu 43. Ibu Bapa yang Berani Mengaku Kesalahan 44. Ibu Bapa yang Rajin Membaca 45. Ibu Bapa yang Berfikiran Positif 46. Ibu Bapa yang Mempunyai Buku Catatan 47. Ibu Bapa yang Bersifat Tegas 48. Ibu Bapa yang Berlemah Lembut 49. Ibu Bapa yang Pemaaf 50. Ibu Bapa yang Mampu Menjadi Role Model yang Baik kepada Anak
BAHAGIAN 2: Kesalahan dan Kelemahan Ibu Bapa 3. 24 Kesalahan yang Patut Dielakkan oleh Ibu Bapa 1. Mendedahkah Aib Pasangan di Hadapan Anak-anak 2. Memungkiri Janji 3. Bercakap Bohong 4. Kurang Memuji 5. Pemarah 6. Bersifat Diskriminasi 7. Tidak Memahami Perasaan dan Kerenah Anak 8. Percaya Fitnah Tanpa Selidik 9. Kurang Ilmu Agama 10. Suka Bergaduh 11. Memaksa Anak 12. Ego 13. Berprasangka Buruk 14. Suka Mencari Salah Pasangan dan Anak 15. Mementingkan Diri Sendiri 16. Mendera Fizikal dan Mental Anak 17. Membazir Masa dan Wang 18. Mengabaikan Kesihatan Anak 19. Mendidik Anak dengan Didikan yang Salah 20. Mengabaikan Pendidikan Anak 21. Malu Meminta Maaf 22. Memukul Anak Hingga Mencederakan 23. Mencari Rezeki yang Haram 24. Tidak Menerima Pandangan Anak
BAHAGIAN 3: Langkah-langkah Berguna kepada Ibu Bapa 4. Kelemahan-kelemahan yang Perlu Diatasi 5. Panduan Praktik untuk Ibu Bapa 6. Situasi yang Sering Ditimbulkan oleh Anak-anak 7. Cara Menjauhkan Anak daripada Kecederaan
BAHAGIAN 4: Idea-idea untuk Ibu Bapa 8. Diari dan Kepentingannya 9. Iman dan Kepentingannya 10. Kepentingan Sabar 11. Peranan Ibu Bapa dalam Mencemerlangkan Pendidikan Anak-anak 12. Ilmu-ilmu yang Patut Dimiliki oleh Ibu Bapa 13. Kepentingan Perpustakaan Mini di Rumah 14. Kepercayaan dan Adat yang Perlu Dijauhi
BAHAGIAN 5: Perceraian 15. Apakah Peranan Ibu Bapa?
BAHAGIAN 6: Apendiks 16. Piramid Makanan 17. Penutup
Bacaan Tambahan
|