|
Judul : Parameswara Pengasas Empayar Melaka Penyelenggara : Dato' Dr. Mohd Yusof Hashim Penerbit : Iksep Genre : Sejarah Mukasurat : 132 halaman Cetakan Pertama : 2005 ISBN : 9832600200
Sejarah Parameswara dan persejarahan Melaka serta kesultanannya tidak dimulakan dengan suatu kekosongan.
Pada dasarnya, prinsip sejarah tokoh dan perspektif persejarahan ini banyak berlandaskan dan berlatarbelakangkan tradisi persejarahan Selat Melaka dan sekitar khususnya, serta tradisi persejarahan alam Melayu umumnya. Kedua-dua tradisi ini pula saling bertalian dan berkait dengan perubahan sejarah politik, serta ekonomi di luar rantau khususnya negeri China, Timur Tengah dan India. Agama Islam ada unsur-unsur kebudayaan setempat pula didapati menjadi ejen pencorak yang paling utama dan berkesan, untuk mewarnai dan membentuk tradisi serta sejarah Melaka. Agama Islam telah mencorakkan pelbagai institusi kemasyarakatan.
Berdasarkan keterangan di atas, maka konsep penubuhan, perkembangan dan pengekalan Kesultanan Melayu Melaka, yang selama seabad lebih itu, dan peranan Parameswara perlu dilihat dalam dua konteks tetapi dalam satu garis perspektif persejarahan yang selari. Pertama, melihat tradisi Melaka dari konteks persejarahan serantau; dan yang kedua, melihat dari konteks persejarahan tempatan bagi sebuah negara, iaitu Malaysia sekarang.
Kandungan
Parameswara Dan Pembukaan Kerajaan Awal Melaka ? Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusoff Hashim Presiden Kolej Teknologi Islam Melaka
Parameswara Pemerintah Singapura ? Hj Abdul Ghani Hamid,
Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu, SingapuraKesejarahan dan Hubungan Kesejarahan Antara Palembang dan Melaka pada Abad V hingga XV Dan Asal Usul Parameswara ? Drs. Herman Susilo Dinas Pendidikan Nasional Pemerintah Propinsi Sumatera Selatan
Permaisuara ? Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar Pengetua, Pusat Sejarah Brunei
Pengukuhan Melaka Oleh Parameswara : Kesan, Perkembangan dan Kronologi Numismatik ? Mohd Supian bin Sabtu Jabatan Sejarah, Universiti Malaya
"Dari Bukit SiGuntang Mahameru ke Bukit Larangan" Parameswara dalam Teks Sejarah Melayu ? V. Thilagavathi Gunalan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia
Tanjung Tuan Penempatan Awal Kerajaan Melayu Melaka ? Zulkifli Bin Jaafar Pengarah, Jabatan Muzium Dan Antikuiti Wilayah Utara
Resolusi Seminar Parameswara dan Penubuhan Kesultanan Melayu Melaka
Ucapan Alu-Aluan Y.B. Datuk Haji Ab. Karim Haji Sulaiman Pengerusi IKSEP,
Ucapan Perasmian YA.B. Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam Ketua Menteri Melaka,
Ucapan Alu-Aluan Haji Aziz Ujang Pengurus Besar IKSEP
Ucapan Penutup Y.B. Datuk Haji Ab. Karim Haji Sulaiman Pengerusi IKSEP
|